Siapa sahaja yang tidak kenal akan Rotiboy yang enak dan baunya yang dapat membuat air liur anda meleleh. Jom kita lihat dan kenal jenis-jenis Rotiboy yang dijual di Mesra Mall!

Rotiboy : Bun kopi ikonik Rotiboy yang diisi mentega, rangup di luar dan lembap di dalam.
Rasa yang tidak terlupakan yang membuatkan anda ingin lebih!

Buttermilkboy : Yang paling kaya di kalangan adik-beradik Rotiboy, diisi dengan mentega berkrim dan topping vanila, ditaburi dengan cip coklat. Pilihan hebat untuk mereka yang tidak menggemari kopi!

Mochaboy : Diisi dengan coklat dan ditambah topping kopi, ditaburi dengan kepingan badam. Satu pengalaman yang wajib dicuba bagi peminat coklat dan kopi!

Cheeseboy : Diisi dengan krim keju dan ditambah dengan topping keju cheddar parut.
Sesuai untuk semua peminat keju di luar sana!
Tunggu apa lagi orang Kemaman? Jom ke Rotiboy di Mesra Mall sekarang!
October 15, 2024