
RM100 mungkin nampak sederhana, tetapi di Mesra Mall… macam-macam boleh jadi!
Dengan RM100 di tangan, anda lebih cenderung kepada shopping, makan atau treat diri sendiri? Jom tengok bagaimana anda boleh nikmati hari anda!
1. Refresh Gaya
Nak kemas kini gaya tanpa berbelanja berlebihan? Singgah ke Giordano untuk melihat pilihan seperti T-shirt atau pakaian kasual, atau ke Bata untuk mencari kasut harian yang sesuai dengan gaya anda.
RM100 mungkin cukup untuk satu item pilihan atau jadi permulaan untuk sesuatu yang sudah lama masuk dalam wishlist.
2. Jom Makan
RM100 untuk makan? Ini mungkin pilihan paling susah!
Terokai Food Court Mesra Mall dan pilih hidangan mengikut selera masing-masing.
Nak Mee Tarik Warisan Asli? Teringin D’Laksa? Atau lebih suka Rasa Kampung, Wok & Grill atau Sizzles – Hot Plate?
Simpan sedikit bajet untuk dessert atau snek selepas makan. Lagi seronok bila boleh cuba pelbagai citarasa!
3. Coffee & Chill
Bagi sesetengah orang, hari yang baik mesti ada coffee break. Nikmati Flat White daripada ZUS Coffee, kemudian sambung window shopping atau sekadar bersantai sambil menikmati suasana Mesra Mall.
Kadang-kadang, kopi kegemaran dan teman yang baik pun dah cukup.
4. Reward Diri Sendiri
RM100 itu memang khas untuk diri sendiri?
Gunakan untuk sesuatu yang membuat anda gembira sama ada aksesori baharu, barangan penjagaan diri, snek kegemaran atau sesuatu yang sudah lama ada dalam wishlist.
Sebab akhirnya, bukan tentang berapa banyak yang anda belanjakan, tetapi bagaimana anda memilih untuk menikmatinya.
Jadi, singgah ke Mesra Mall hari ini!
September 1, 2026


