
Untuk musim perayaan kali ini, jenama Levi’s® akan meraikannya dengan keseronokan gaya baharu, pemberian hadiah menarik dan kebersamaan dalam percutian hujung tahun ini.
Daripada denim santai kepada pakaian luar tahan sejuk, lapisan selesa ini memastikan anda dilindungi. Bagi membangkitkan lagi semangat musim cuti ini, Levi’s® melancarkan himpunan baharu “Holiday Edits” dan memulakan inisiatif pemberian hadiah bertajuk “12 Days of Denim.”

Holiday Edits Himpunan Holiday Edits ini menawarkan koleksi yang memadankan helaian kegemaran dengan momen indah musim perayaan. “Bundle-Up” Gift Edit dicetuskan untuk mereka yang mencari keseronokan dalam kesejukan. Daripada Jaket Trucker sherpa ke rompi gelembung, helaian luar ini direka untuk musim sejuk yang tenang. Kala berdepan dengan udara musim dingin, helaian luar ini sememangnya tiada batasan.

“Extra-Cozy” Gift Edit pula membangkitkan rasa hangat bak berada di depan unggun api. Ia menawarkan baju sejuk mesra lapisan, baju haba, flanel dan banyak lagi, kerana setiap individu perlu ada pakaian rajut yang boleh memberikan kegembiraan ke tahap ini. Koleksi “Total Denim” Edit pula berteraskan kepada destinasi musim sejuk untuk mereka yang obses terhadap denim. Daripada celana jeans 501® Original ke Jaket Trucker, penggayaan ini digemari sejak turun-temurun. Perincian Yoke serta padanan berinspirasikan Barat turut diketengahkan.

Manakala “Going Out” Edit menawarkan gaya keraian dan padanan luar yang menonjol. Kemeja Barat ikonik versi berkilauan ini sedia dipadankan untuk pesta di luar. Ia sesuai digandingkan bersama celana baharu 501® ’90s Ankle atau dilapisi dengan Jaket Harper Heritage juga Sherpa Trucker dalam corak petak bertemakan musim perayaan.

Lihat dan dapatkan koleksi Holiday edits ini di Levi’s Mesra Mall sekarang!
November 15, 2024