
Sushi sememangnya menjadi pilihan ramai apabila mencari hidangan yang ringkas, lazat dan mudah dinikmati pada bila-bila masa. Dengan pelbagai jenis sushi yang tersedia, setiap orang pasti mempunyai kegemaran tersendiri. Persoalannya, anda Team Salmon atau Team Tempura?
Bagi penggemar salmon, rasa yang lembut dan enak ini menjadikan ia antara pilihan yang paling popular. Sama ada dinikmati dalam bentuk nigiri, roll atau pelbagai variasi lain, salmon sentiasa berjaya memikat hati pencinta sushi. Tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan sesuatu yang klasik dan menyelerakan.
Jika anda lebih gemarkan tekstur yang rangup, mungkin Team Tempura adalah pilihan anda. Gabungan garingan tepung bersama inti yang lazat menjadikan setiap suapan lebih memuaskan. Ia sering menjadi kegemaran mereka yang suka akan rasa yang lebih eksoktik dan bertekstur.
Namun, bagi sesetengah orang, memilih hanya satu jenis sushi bukanlah sesuatu yang mudah. Ada yang menggemari sushi berkeju, pilihan pedas, makanan laut atau gabungan pelbagai perisa dalam satu hidangan. Inilah yang menjadikan pengalaman menikmati sushi begitu menyeronokkan kerana setiap pilihan menawarkan keunikan tersendiri.
Khabar baik untuk pencinta sushi! Kini anda boleh menikmati lebih banyak pilihan dalam satu hidangan menerusi Empire Combo di Empire Sushi. Didatangkan dengan pelbagai pilihan sushi yang sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan, combo ini memberi peluang untuk mencuba pelbagai cita rasa dalam satu masa.
Jadi, sama ada anda Team Salmon, Team Tempura atau suka mencuba semuanya, inilah masa yang sesuai untuk menikmati pelbagai pilihan sushi di Empire Sushi, Mesra Mall. Jangan lupa singgah dan lihat sendiri kenapa sushi terus menjadi kegemaran ramai!
September 15, 2026


