
Untuk tahun 2021 ini Pantone mengumumkan bahawa 17-5104 Ultimate Grey dan 13-0647 Illuminating akan menjadi trend bagi tahun ini.
Selama lebih dari 20 tahun, Pantone’s Color of the Year telah mempengaruhi keputusan bagi pengembangan produk dan pembelian di pelbagai industri, termasuk fesyen, perabot rumah, dan reka bentuk industri, serta pembungkusan produk dan reka bentuk grafik.
Ultimate Grey iaitu warna kelabu di gambarkan sebagai ketenangan yang menggembirakan yang bakal memberi jaminan serta boleh dipercayai dan saling melengkapi, mewakili tema perpaduan dan sokongan bersama.
Manakala Illuminating iaitu warna kuning, ianya di gambarkan senantiasa mesra dan gembira serta warna kuning yang optimis bakal menjanjikan hari yang cerah.
Pabila kedua-dua warna ini di gaungkan maka akan terhasilkan pencahayaan warna yang begitu menarik dan saya rasa bakal memberi harapan segalanya akan menjadi kembali ceria seperti biasa, ini adalah penting untuk memulihkan semangat kita yang di rundung malang akibat daripada Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Di sini saya kongsikan beberapa item yang boleh menceriakan kita kembali di awal tahun ini.
Koleksi Tee ‘Cheer You On’ Dari Giordano

Koleksi t-shirt “Cheer You On” dari Giordano ini bercorakkan emoji wajah gembira di sweater dan hoodie di harapkan dapat menyebarkan kegembiraan dan tenaga positif. Reka bentuk “Thumbs Up” ditambahkan khas untuk menunjukkan dorongan positif kepada pengguna dan orang-orang yang melihatnya.
Koleksi ini amat selesa di gayakan oleh seluruh lapisan umur termasuklah kanak-kanak dan sesuai di gandingkan bersama apa jua pakaian pun.
Beg Tangan Double Layered Pouch Sembonia
Beg tangan berwarna kuning ini mempunyai pelbagai ruangan untuk menyimpan barang-barang seperti terdapat 2 slot kad, poket slip multifungsi dan poket berzip.
Talinya boleh di laraskan untuk di gayakan di bahu mahupun secara crossbosy. Terdapat juga tali untuk pergelangan tangan sebagai pilihan.
Boleh di gayakan untuk apa juga majlis dan keadaan.
Kot Jefferson ‘Gerald Grey’

Warnanya sudah boleh membuatkan siapa yang memandang akan pasti tergoda, itulah dia Kot lengan panjang ‘Gerald Grey’ dari Jefferson ini.
Di perbuat daripada 100% microfiber dan ianya adalah stretchable iaitu mudah di bentukkan mengikut si pemakai untuk memberikan keselesaan yang terbaik. Rekabentuknya sangat simple dan sesuai di gayakan untuk majlis formal.
Microsoft Surface Pro 7

Microsoft muncul lagi dengan Surface Pro 7 yang berfleksibiliti samada boleh di jadikan studio ataupun tablet dan kini anda boleh menaip, menyentuh, melukis, menulis, bekerja dan bermain dengan lebih semula jadi.
Ianya lebih pantas daripada Surface Pro 6, dengan pemprosesan Intel Core berkelas komputer riba dan grafik yang telah pun terbukti kehebatannya.
Mempunyai Port USB-C dan USB-A untuk menyambung ke paparan, stesen dok dan banyak lagi, serta pengecasan aksesori dan yang penting ianya sangat nipis dan ringan bermula pada hanya 775g.
Jika anda berminat untuk mendapatkan barangan ini, jangan bimbang anda boleh dapati di Mesra Mall satu-satu pusat membeli belah yang terkemuka di daerah Paka dan sekitarnya.
Nama pun dah Mesra Mall sudah semestinya para tugasannya semesra yang di gambarkan, jemputlah ke sini.
Selamat bergaya dengan Pantone Ultimate Grey dan Illuminating.