
Beberapa amalan-amalan penting yang perlu di terima masyarakat di musim norma baru ini akibat serangan Pandemik Covid-19 ini adalah seperti kerap membasuh tangan, 2 meter penjarakan sosial serta penggunaan pelitup muka yang betul.
Sekurang-kurangnya kita perlu mengamalkan budaya norma baru ini dalam tempoh masa lapan hingga 12 bulan lagi atau sehingga vaksin Covid-19 ini terbukti berkesan.
Kita mampu mengubahnya
Sebagai wanita biar apa pun, kita tetap ingin nampak ayu dan jelita walaupun memakai pelitup muka sepanjang waktu. Hanya dengan nampak bahagian mata kita tetap boleh bergaya seperti biasa.
Beberapa produk kecantikan untuk bahagian mata keluaran The Body Shop saya kongsikan untuk panduan semua wanita di luar sana.
Solekan Mata Bersayap
Star Stamp Liner

Di datangkan fungsi 2-dalam-1 iaitu untuk membentuk alisan halus serta tajam dan mempunyai fungsi mengecap corak bintang yang memudahkan kerja-kerja alisan sehingga anda dapat menonjolkan corak solekan mata bersayap dan berbintang di hujung mata anda boleh juga di letakkan di bahagian tulang pipi. Kalau berani cuba titip-titip beberapa corak bintang di bahagian tulang pipi, memang Nampak cantik.
Ianya di hasilkan daripada bahan-bahan yang berunsurkan 100% vegetarian
Solekan Mata Emas
Drops of Gold

Satu lagi bahan solekan yang mampu menyerlahkan kecantikan mata anda yang mana ianya boleh di gunakan begitu sahaja ataupun di campurkan dengan produk kecantikan kegemaran anda yang lainnya bagi menaikkan seri wajah walaupun di dalam keadaan bertutup.
Colekkan sedikit di atas gincu dan pembayang mata untuk membuat kemasan yang lebih berkilau.
Solekan Warna Ceria
Paint in Colour Eyeshadow Palette

Warna-warna meriah di satukan di dalam palet yang sama keluaran The Body Shop ini.
Ternyata warna-warna yang ada senang di padankan untuk solekan berbentuk semula jadi mahupun solekan malam yang berkilau. Ianya tahan lama dan boleh di gayakan dengan 12 warna semula jadi yang lembut dan warna-warni mengikut mood anda.
Diperkaya dengan Community Trade marula oil dan ianya vegan.
Ketiga-tiga produk ini boleh di gayakan di dalam satu masa yang sama, semoga tampak cantik dan jelita samaada memakai pelitup muka ataupun tidak.
Selamat bercantik-cantik semua