
Musim luruh?
Memang di negara-negara barat mengalami iklim ini, ermm tapi di Malaysia? Kita langsung tidak pernah mengalaminya kerana ciri-ciri iklim Malaysia adalah bersuhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak.
Jadi tidak kira apa jua musim pun di negara kita ini, trend beg tangan senantiasa akan berubah dari semasa ke semasa mengikut trend di luar negara.
Sekiranya anda seorang yang begitu taksub dengan beg tangan seperti saya, pastinya hanti anda akan berdebar-debar memikirkan rekaan-rekaan beg tangan dari pereka di luar sana.
Di sini saya akan kongsikan beberapa pilihan trend beg tangan musim luruh tahun ini yang mana rekaannya sangat menonjol termasuklah aksesori tali beg yang tebal, bentuk geometri, tekstur berlapis dan pelbagai lagi.
“Modern Day Lady Bag”
Top Handle Satchel Dari Sembonia
Beg tangan keluaran dari Sembonia ini merupakan beg tangan dengan penutup ‘turnlock’ dan berzip di bahagian dalamnya serta berlining fabrik.

Mempunyai slip poket pelbagai fungsi di bahagian hadapan dan pada belakang di bahagian luar. Flap Top Dengan Turnlock & Zip Closure, Fabric Lining. Talinya yang boleh di biarkan dan boleh diselaraskan dan boleh di gayakan di bahu mahupun di silangkan.
Dilengkapi juga dengan Charm Bag Metal SEMBONIA
Wonder Woman Petite Cross Body Dari Carlo Rino
Koleksi terbaru siri superhero ‘Wonder Women‘ dari Carlo Rino ini menampilkan rekaan ala wirawati dengan menampakkan warna-warna berani. Rekaan beg tangan yang simple mempunyai penekan kunci untuk menutup beg tangan ini.

Mempunyai 1 poket zip dalaman dan 4 slot kad di bahagian dalamnya dan di datangkan dengan 2 warna iaitu maroon dan hitam serta talinya yang boleh di laras.
“Oversized Bags”
Sembonia Top Handle Satchel
Klasik namun unik, direka khas untuk disesuaikan dengan pakaian seharian anda

Beg tangan yang agak besar ini keluaran dari Sembonia, merupakan beg tangan dengan penutup ‘turnlock’ dan berzip di bahagian dalamnya serta berlining fabrik.
Mempunyai slip poket pelbagai fungsi di bahagian hadapan dan pada belakang di bahagian luar. Flap Top Dengan Turnlock & Zip Closure, Fabric Lining. Talinya yang boleh di biarkan dan boleh diselaraskan dan boleh di gayakan di bahu mahupun di silangkan.
Dilengkapi juga dengan Charm Bag Metal SEMBONIA
Play It Up Drawstring Top Handle Dari Carlo Rino
Siri Play It Up dari Carlo Rino ini mempunyai rekabentuk yang unik dan ianya bersaiz agar besar di kalangan koleksi beg-beg tangan yang lainnya.

Di perbuat daripada nylon, mempunyai tali yang boleh di laras yang mana di dalamnya terdapat 1 poket zip, 1 slot poket di bahagian dalam dan zip di bahagian luar.
Terdapat dua warna iaitu beige dan hitam untuk pilihan anda
Jadi yang mana satukah pilihan anda?
Kesemua beg-beg tangan di boleh di gayakan di mana jua dan untuk apa tujuan sekalipun kerana ianya sangat – sangat versetil dan memenuhi keperluan si penggaya iaitu anda.
Nak dapatkannya?
Singgah sahaja di Mesra Mall, semuanya ada di sana