
Salam semua,
Betul kata pepatah
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati…
Begitu pentingnya mata di dalam kehidupan kita ini. Tanpa mata memang terus hilang salah satu pancaindera yang telah di kurniakan sejak dari kita lahir lagi.
Namun masih ramai yang terlupa akan kebersihan mata. Tanpa kita sedari di mata kita terdapat debu, kotoran mahupun bendasing yang kita perasan dan mengakibatkan mata menjadi sakit dan pedih apatah lagi kalau anda seorang pengguna tegar kanta sesentuh.
Untuk mendapatkan kesihatan mata yang optimum, di sini saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda jadikan amalan setiap waktu.
- Amalkan cara membaca pada jarak dan poisi badan yang betul serta pencahayaan sekeliling
Pastikan membaca pada jarak antara 30 hingga 40 sentimeter (cm) dari buku ke mata. Posisi badan hendaklah tegak dan elak membaca sambil berbaring dan kalau boleh mendapatkan cahaya yang mencukupi ketika membaca. Pastikan pencahayaan yang digunakan tidak terlalu malap atau terlalu terang ketika membaca kerana akan mengganggu keselesaan dan kesihatan mata.
- Makan Lebih Sayur-Sayuran
Sayuran seperti lobak dan tomato telah lama diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk mata kerana sumber Vitamin A adalah sangat tinggi.
- Senaman Untuk Mata
Selalu ke luar rumah, untuk menikmati pemandangan hijau di sekeliling kita. Contohnya seperti lihat satu objek berdekatan, kemudian beransur-ansur melihat pula objek yang lebih jauh, sejauh yang mungkin. Selepas itu lihat semula objek yang berdekatan. Ulangi proses itu beberapa kali.
Boleh juga cuba untuk gerakkan mata ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah. Ulangi proses itu beberapa kali.
- Gunakan Produk Untuk Kesihatan dan Kecantikan Mata
Untuk menambahkan lagi tahap kesihatan mata anda, saya syorkan beberapa produk untuk kegunaan harian anda.
The Body Shop – Oils of Life

Di rumuskan dengan tiga minyak benih berharga iaitu minyak biji jintan hitam dari Mesir, minyak biji camellia dari China dan minyak biji rosehip dari Chile yang dikenali untuk menghidupkan semula dan membaik pulihkan ke dalam tekstur pelembap yang ultra-ringan dan melicinkan, Krim gel mata Oils of Life™ Intensely Revitalising ini di reka untuk menyegarkan kembali kontur mata dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan jelas.
The Body Shop – Drops Of Youth Eye Concentrate

Drops of Youth™ Eye Concentrate dari The Body Shop ini amat unik, diperkaya dengan sel stem tanaman Edelweiss dari Italian Alps bagi menyegarkan kontur mata dengan serta-merta, dan melicinkan penampilan garis, sembap dan keletihan untuk mata yang lebih muda.
Aplikator bebulinya sangat menyejukkan yang berinovatif ini mengurangkan mata kelihatan letih dan tampak lebih muda.
Watsons – Target Pro Age Defense Eye Cream

Target Pro Age Defense Eye Contour Cream dari Watson ini secara esklusifnya didatangkan khas dari Jepun yang mengandungi bahan anti-penuaan seperti Diamond Sirt, Retinol dan Kafein. Kombinasi ini sangat sempurna dan kuat untuk menghilangkan ‘eyebag’ di kawasan bawah mata yang lembut dan halus.
Guardian – Dr Morita Q10 Treatment & Brightening Eye Patch 1S

Dr Morita Q10 Treatment & Brightening Eye Patch 1S dari Guardian secara esklusif ini di reka untuk membantu meremajakan dan menegangkan kulit di sekitar mata akan menjadi licin, mengurangkan garis halus dan menjadi cerah.
Mengandungi bahan-bahan seperti air, diproprlene glycol, sodium PCA, diglycerin, polyglycerin-3, dan pelbagai lagi, hanya dengan meletakkan tampalan di bawah mata selama 15 minit, mata anda akan nampak segar dengan serta merta.
Jangan bimbang, boleh dapatkan kesemua produk-produk ini di Mesra Mall.
Oleh itu, amalkan tips penjagaan mata ini setiap hari kerana mata kita hanya sepasang mata dan tiada gantinya jika ianya rosak dan tidak boleh di gunakan lagi.
Terasa hilangnya nikmat dunia.