
Kulit muda tidak dapat disangkal, ia adalah idaman setiap wanita dan lelaki. Seiring dengan usia dan kematangan kulit wajah anda, cara penjagaan juga berlainan. Jika anda mula menjaga wajah anda seawal usia 12 tahun. Maka, pada usia 30 tahun anda mungkin dapat menikmati hasilnya. Wajah anda masih lagi anjal dan muda. Selain dari penjaga wajah secara konsisten, pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat juga membantu menaikkan seri wajah untuk kelihatan muda dari usia. Adalah wajib untuk anda menjaga kelembapan. Itu adalah ciri kulit muda dan ia seperti memegang air dengan erat. Jadi, kami ingin berkongsi 4 tips kulit muda pada musim luruh / sejuk 2019.
Serum Penjagaan Wajah Alora Skinz Dari BH Beauty
Serum terdiri daripada molekul kecil yang dapat menembusi jauh ke dalam kulit. Ia mengandungi kepekatan bahan aktif yang sangat tinggi. Apabila serum diperkenalkan suatu masa dahulu, ia adalah inovosi hebat kecantikan untuk menyasar kebimbangan penjagaan kulit tertentu, seperti kedutan dan hidrasi. Penggunaan serum telah menjadi rutin regimen kecantikan wajib. Ia mudah diamalkan tanpa perlu menukar keselurahan produk kecantikan anda. Serum adalah penggalak sebelum pelembap.
ALORA Serum dari BH Beauty berasaskan air membantu sebagai ejen anti penuaan, mengurangkan garis-garis halus dan menyekatakan tona warna kulit. Penggunaan serum dapat menjaga wajah anda dari kekeringan atau lebihan minyak semasa cuaca yang tidak menentu. Konsisten amalkan penggunaan serum agar wajah anda muda pada musim Luruh / Sejuk 2019.
Pelembap 24 Jam Dari Guardian
Pelembap sangat penting untuk memberi wajah muda dan anjal. Anda boleh dapatkan di Guardian! Konsisten menggunakan pelembap akan mengelakkan kulit anda dari tumbuh jerawat, wajah berseri dan anda akan lihat pada jangka masa yang panjang wajah anda masih muda. Tips untuk kekal kulit sempurna adalah penggunaan pelembap. Jika boleh amalkan seawal usia 12 tahun. Pelembap adalah cara mudah untuk menjaga kulit wajah seawal usia muda. Ini kerana, apabila usia telah menginjak 25 tahun baru anda boleh mulakan penjagaan wajah dari produk anti-penuaan pula.
Cara mengamalkan pelembap adalah dengan sapuan ke atas. Produk penjagaan wajah wajib disapu lawan arah bulu roma, agar ia meresap ke dalam kulit sebaiknya. Gunakan pelembap yang bersesuaian dengan keadaan kulit anda. Bahagian T-Zone, U-Zone atau kedua-dua zon ini mungkin lebih kering dari biasa dan mungkin berminyak dari biasa. Jadi, anda perlu tahu keadaan kulit anda. Perubahan hormon, cuaca dan gaya hidup juga mengakibatkan zon-zon ini terganggu. Gunakan pelembap selepas anda mencuci wajah, selepas toner atau serum. Ini adalah waktu anda fokus menjaga wajah anda, manjakan diri anda!
Gunakan Pelindung Matahari Dari Watsons
Elak selaran UVA/UVB menggunakan pelindung matahari. Terdapat pelbagai pelindung matahari di pasaran, ia memudahkan untuk anda mencari produk yang bersesuaian dengan jenis kulit, keadaan kulit dan kekerapan anda berada di bawah sinaran matahari. Apabila anda membeli pelindung matahari di Watsons, pastikan anda membaca nota kecil di botol. Terdapat dua jenis asas sinaran ultraviolet yang mencapai permukaan bumi iaitu UVB dan UVA. Sinaran UVB bertanggungjawab untuk menghasilkan selaran matahari. Di samping itu, sinar UVA menembusi lebih ke dalam kulit dan memainkan peranan yang lebih besar dalam perubahan penuaan kulit pramatang termasuk pembentukan kedutan (photoaging).
Manakala SPF mengukur perlindungan matahari dari sinaran UVB, jenis yang menyebabkan selaran matahari dan menyumbang kepada kanser kulit. Tetapi SPF tidak dapat mengukur seberapa baik pelindung matahari akan melindungi anda dari sinar UVA, yang juga merosakkan dan berbahaya. SPF paling sesuai adalah SPF50
Untuk mencapai perlindungan maksimum dari kedua-dua UVA dan UVB, sentiasa mencari pelindung matahari yang mengandungi zink oksida dan titanium dioksida. Bahan-bahan lain untuk mencari adalah oxybenzone, avobenzone dan mexoryl. Jangan lupa menggunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya 20 minit sebelum keluar. Sentiasa memakai pelindung matahari sepanjang tahun, bukan hanya pada musim panas.
Solekan Natural Dari The Body Shop
The Body Shop sentiasa menghasilkan produk berasaskan sumber natural dan bebas kekejaman. Kali ini kami ingin memperkenalkan koleksi mekap yang akan membantu anda tampil cantik dan berkeyakinan. Isi kandungan bahan adalah 100% bahan vegetarian, dirumus tanpa parabens, petrolatum, minyak mineral, gluten dan carmine. Ia diperkaya dengan bahan-bahan Perdagangan Komuniti seperti madu dan minyak marula dan sudah tentu tidak diuji pada haiwan.
Sama ada anda sedang bersiap-siap untuk ke pejabat atau ke majlis makan malam. Solekan boleh membantu anda mempertingkatkan kecantikan dan keyakinan anda. Ia mewujudkan wajah yang sesuai dengan mood anda. Solekan natural dapat meningkatkan kekemasan penampilan wajah anda dari minyak berlebihan atau kulit kering. Malah ia memberi impak kepada bulu mata anda, pipi dan menghidupkan bibir anda.