
Menurut berita, pencemaran di atmosfera yang mengakibat kan “jerebu” tidak akan hilang dalam masa terdekat, malah ia dijangkakan bertambah buruk. Tahukah anda pencemaran udara seperti ini memerlukan rutin penjagaan kecantikan dengan lebih terperinci? Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
Jom kami kongsikan 5 tips kecantikan dan kesihatan ketika musim jerebu.
1. Sentiasa Kekal Hidrasi
Basuh tangan dan bahagian terdedah seperti rambut dan wajah anda selepas melakukan aktiviti luar. Jika badan tidak selesa, anda boleh mandi untuk kekal segar. Syampu rambut anda dan bersihkan wajah anda sekerap mungkin. Kurangkan pengambilan minuman berkafein, bergula dan beralkohol, sebaliknya mengamalkan meminum air kosong secukupnya. Minum air adalah cara alami untuk membantu buah pinggang untuk mengeluarkan toksin dari paru-paru dan kulit. Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
2. Tingkatkan Imuniti Diri
Amalkan pengambilan makanan yang tinggi Antioksidan, Vitamin C, Vitamin E dan Omega-3 Fatty Acids. Amalkan makanan berasaskan “Super Foods” secara harian untuk kekal sihat dan bertenaga. Di Terengganu, anda tidak perlu risau untuk mencari makanan hebat ini. Anda boleh dapatkan di Pasaraya TMC Mesra Mall.
3. Rutin Penjagaan Wajah Secara Efektif
The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Clay Wash
- Bersihkan Wajah Menggunakan The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Clay Wash
Ketika musim jerebu, wajah kita lebih terdedah kepada kotoran. Kotoran jerebu mengandungi pelbagai unsur yang boleh mengakibatkan radiasi dan radang kepada kulit. Amalkan “double cleansing” dengan memulakan makeup remover, oil cleanser dan seterusnya menggunakan The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Clay Wash. Ia membersihkan kulit anda dengan 100% vegan yang dirumuskan dengan arang buluh dari kaki bukit Himalaya, tanah liat kaolin dan minyak pokok teh dari Kenya. Membersihkan kotoran, sisa minyak berlebihan dan membantu mengelakkan liang pori tersumbat. Pencuci muka berbuih ini mempunyai tekstur tanah liat yang halus-lembut yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia meninggalkan rasa kulit segar dan lembut tanpa mengeringkannya. Diuji secara dermatologi
- Jangan Lupa Toner
Toner membantu untuk menganjalkan kulit wajah anda agar kelihatan lebih segar dan berseri. Selain itu ia mengecilkan liang pori-pori anda selepas mencuci dan scrub wajah.
- Serum Adalah Wajib
Seruma adalah perkara ajaib dalam dunia kecantikan. Ia membantu merawat kulit dan cela dari dalam. Tindak balasnya sangat efektif sehinggakan ia tidak boleh ditinggalkan dari memakainnya. Faedah yang paling biasa termasuk penghidratan, peningkatan khasiat, mencerahkan kulit, dan pencegahan jerawat. Serum juga membantu mengukuhkan sel-sel kulit. Walaupun krim muka lain mengandungi hanya 5 hingga 10 peratus bahan aktif, serum muka boleh mengandungi sehingga 70 peratus!
- Pelembap Jangan Ditinggalkan
Menggunakan pelembap anda dengan betul akan meningkatkan penghidratan pada kulit, menghalang kekeringan dan wajah tampak kusam. Ia mewujudkan lapisan lembapan perlindungan secara langsung sepanjang hari. Tambahan pula, penggunaan krim muka yang betul akan membantu bahan-bahan anti-penuaan berfungsi dengan lebih baik. Pelembap wajib untuk kita semua!
The Body Shop Skin Defence Multi-protection Face Mist SPF45 PA++
- The Body Shop Skin Defence Multi-protection Face Mist SPF45 PA++
Rutin penjagaan wajah yang bagus pastinya memerlukan perlindungan yang lebih efektif pada musim jerebu. Gunakan The Body Shop Skin Defence Multi-protection Face Mist SPF45 PA++ ini apabila anda berada di luar atau pada bila-bila masa yang anda perlukan. Dengan hanya spray di wajah, anda akan mendapat perlindungan SPF45 PA ++ dalam format “face mist” yang serba boleh. Melindungi daripada sinaran UVA / UVB dan zarah-zarah pencemaran, sementara anda menikmati faedah-faedah ekstrak alga merah dan vitamin C yang mencerah dan anti-oksidan. Formulasi bukan komedogenik, kulit berasa tidak berminyak dan segar, melembap dengan segera dan cepat kering selepas disembur. Saiz yang kecil 60ML sesuai untuk dibawa kemana-mana!
The Body Shop Japanese Matcha Tea Pollution Clearing Mask
4. Pakai “Face Mask” 2 hingga 3 kali seminggu
Musim jerebu adalah musim yang memerlukan anda menjaga kecantikan wajah secara kerap dan menjimatkan wang. The Body Shop Japanese Matcha Tea Pollution Clearing Mask diperkaya dengan teh hijau matcha dari Kakegawa, Jepun. Ekstrak dandelion dan Aloe Vera dari Mexico adalah formulasi pemeliharaan vegan 100% yang sangat lembut. Ia lembut membersihkan kulit dan membebaskan kulit anda dari pembentukan kotoran-kotoran mingguan dan kekotoran setiap hari. Membantu menghilangkan kekotoran akibat pencemaran udara. Kulit anda kelihatan berseri dan muda. Dirumus tanpa silikon, minyak mineral atau parafin. Lakukan rutin ini bersama regimen penjagaan kulit wajah yang lain agar anda memiliki kulit sihat sepanjang musim jerebu!
5. Kurangkan Aktiviti Luar
Keadaan cuaca berjerebu memberi impak yang besar kepada keadaan kesihatan. Tambahan pula kepada bayi, kanak-kanak, penghidap Asma dan orang tua. Pakai topeng muka jika anda perlu keluar rumah. Tetapi, dinasihatkan anda kekal berada di dalam rumah agar anda sekeluarga sentiasa sihat. Kurangkan aktiviti di luar rumah, sentiasa menutup tingkap rumah. Gunakan penapis udara iaitu peranti pembersih udara untuk membersihkan peredaran udara di dalam rumah. Penggunaan peranti ini dapat meningkatkan kualiti udara dalaman dan bermanfaat kepada penghidap alergi dan asma. Seisi keluarga akan menerima manfaat kesihatan yang lebih baik pada musim jerebu.
Semoga tips ini bermanfaat!