Gambar yang menarik dan menampilkan identiti tersendiri adalah kesukaan ramai. Lihat sahaja di Instagram dan laman sosial yang lain. Banyak gambar menarik dan seperti hasil dari jurufoto profesional. Tetapi anda boleh dapatkan gambar seperti itu menggunakan telefon pintar anda dengan bantuan pencahayaan, props dan diri anda yang berkeyakinan.
Berkeyakinan bukan bermaksud anda memberi ekspresi wajah yang garang atau seperti model kosmetik, ia bergantung kepada apa yang anda ingin kongsikan kepada pengikut anda. Disini kami kongsikan 3 gambar menarik dari 3 jenama terkenal iaitu Giordano, Carlo Rino dan Hush Puppies. Ketiga-tiga gambar adalah konsep berlainan dan pastinya anda akan menyukainya.
Photo credit: https://www.facebook.com/pg/giordanomalaysia/
Giordano sentiasa menjadi pilihan ramai untuk tampil kasual. Jeans dan tshirt putih adalah sesuai dipakai pada bila-bila masa. Nampak trendy dan bergaya. Bagi gambar seperti ini di panggil sebagai OOTD iaitu “Outfit Of The Day”. Walaupun ia OOTD, lihat gambar ini jelas menampilkan pakaian dari Giordano. Lokasi di cafe unik seperti ini memberi efek tersendiri. Props sedia ada, hanya anda perlu sesuaikan diri dengan ekspresi wajah dan kedudukan badan anda. Mudah kan? Pastikan jurufoto anda juga tahu apa yang anda inginkan ya. Tidak semua orang mahir mengambil gambar ala-ala model.
Photo credit: https://www.facebook.com/carlorino.net/
Apabila melihat gambar ini, seakan-akan anda sedang mengembara ke suatu lokasi yang jauh dan sejuk. Anda berpenampilan menarik menggayakan bag Carlo Rino warna hijau. Berlatar belakangkan tangga atau bangunan seperti ini membuatkan mata tenang melihat gambar anda. Fokus utama adalah bag anda!
Photo credit: https://www.instagram.com/hushpuppiesshoes/
Walaupun Hush Puppies menjual kasut sahaja. Tetapi anda juga boleh mengambil gambar saat indah anda yang cantik dekat rumah. Jadi anda ceriakan gambar dengan latar belakang yang ringkas. Ia menggambarkan anda melalui saat fesyen. Gambar seperti ini amat diminati di Instagram.