The Golden Vouchers 2021 8 Oct – 22 November 2021
Ganjaran The Golden Vouchers 2021
Belanja RM250 dan keatas maksimum dua resit di Mesra Mall dan berpeluang untuk menebus baucar Mesra Mall bernilai RM30 atau berpeluang memenangi baucar RM1,000 setiap hari! *
1.0 Terma & Syarat
- 1.1 Kempen The Golden Vouchers ini dianjurkan oleh Mesra Mall (Penganjur) bermula 8 Oktober sehingga 22 November 2021.
- 1.2 Terhad kepada satu (1) penebusan setiap pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- 1.3 Terhad kepada lima puluh satu (51) pembeli setiap hari.
2.0 Kelayakan
- 2.1 Kelayakan penyertaan adalah seperti;
- Pelanggan yang berbelanja RM250 maksimum 2 resit dari mana-mana kedai KECUALI TGV Cinema, TMC, U-Bowl & U-Sport, boleh menebus baucar Mesra Mall bernilai RM1,000 atau RM30 setiap hari! *
- 2.2 Pelanggan mestilah berumur 18 tahun ke atas pada atau sebelum 8 Oktober 2021.
- 2.3 Kakitangan Mesra Mall, penyewa, pembekal dan ahli keluarga terdekat Mesra Mall tidak dibenarkan mengambil bahagian.
- 2.4 Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan tanpa memberikan sebarang alasan.
- 2.5 Penganjur berhak untuk meminta butiran pembeli dan bukti pembelian untuk pengasahan.
- 2.6 Borang penyertaan atau maklumat yang tidak lengkap, tidak jelas dan/atau tidak memuaskan akan dibatalkan.
3.0 Baucar Mesra Mall bernilai RM 30 atau RM1,000
- 3.1 Terhad kepada satu (1) cabutan setiap pembeli setiap hari, sementara stok masih ada.
- 3.2 Hanya resit asal sahaja diterima pembelian daripada kedai yang mengambil bahagian di Mesra Mall.
- 3.3 Cabutan dan penebusan mesti dibuat pada hari yang sama dengan pembelian oleh pembeli.
- 3.4 Ganjaran tidak boleh dijual atau ditukar dengan wang tunai atau barang lain.
- 3.5 Baucer yang rosak, koyak, diubah, hilang atau dicuri tidak akan diganti, dikembalikan atau ditebus.
4.0 Umum
- 4.1 Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan dianggap:
- telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.
- telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam kempen ini.
- telah bersetuju bahawa gambar atau klip video mereka boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 4.2 Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan kempen ini lebih awal atau keseluruhan, atau untuk mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberi Pelanggan hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur atas sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- 4.3 Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
5.0 Notis Peribadi
- 5.1 Semua Data Peribadi yang berkaitan dengan kempen dilindungi sesuai dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua undang-undang lain yang berkaitan di Malaysia.