
Masa Untuk Makan-Makan Santai
Selain daripada waktu makan biasa iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam, kita juga pasti akan ada waktu makan lain seperti minum petang. Tapi bilakah masanya untuk waktu makan santai-santai?
Ermm waktu santai ni adalah waktu-waktu kita terasa ingin nak mengunyah sesuatu, mungkin kita penat berjalan dan ternampak air kelapa yang sejuk, nampak orang di sekeliling makan ais krim, terasa ingin makan donut bersama kopi panas dan macam-macam lagi.
Pendek kata, bila tekak kita teringin nak makan macam mengidam rasanya
Pelbagai jenis makanan ringan lagi enak yang boleh di nikmati di waktu santai ini, di adalahnya:
Fried Fish Balls Dari Nynews
Ye sesuatu enak di makan begitu sahaja tidak kira waktu.

Bebola ikan yang di goreng adalah produk terbaru di Mynews. Untuk ahli Mynews, anda boleh dapatkan Bebola ikan goreng (3pcs) yang sedap ini dekat Mynews walaupun berkerja di rumah pada masa begitu!
Ais Krim Caramel Turtle Truffle Yang Menyihatkan

Ais krim dari Baskin Robbins ini tidak mempunyai gula tambahan tapi langsung tidak menjejaskan rasa sebenar ais krim klasik yang berkrim.
Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan sedap rasanya
Big Apple Donut Cake
Comelkan donut yang di hias cantik di jadikan kek ini?

Sesuai untuk meraikan hari penting orang yang anda sayangi sebagai tanda ingatan. Tidak semestinya di raikan dengan kek yang besar, kek donut yang comel ini mampu membahagiakan seseorang.
Hanya terdapat di Big Apple.
Minuman Tealive Choc Shaka Lava
Sekiranya anda berada di dalam kesedihan, mood tidak begitu elok, inginkan ketenangan, anda boleh dapatkan Choc Shaka Lava dari Tealive ini.

Minuman yang penuh dengan rasa coklat ni mampu melegakan kegusaran yang melanda dan menceriakan anda kembali.
Tidak kira apa pun waktu, makanan-makanan seperti memang sesuai untuk di nikmati samada bersendirian mahupun bersama sahabat handai.
Kesemua ini boleh di dapati di Mesra Mall, satu-satunya pusat membeli belah yang berada di Paka.
Jangan bimbang, di musim Pandemik Covid19 ini Mesra Mall senantiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang di tetapkan oleh Kerajaan.