
Salam semua,
Cuba kira lagi berapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut bulan ramadan pada tahun ini.
Walaupun kita masih lagi di musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) namun ianya tidak membataskan kita untuk menyediakan juadah hidangan enak samada kita nikmati ketika berbuka puasa mahupun di waktu sahur.
Seboleh-bolehnya kita mencari resipi yang mudah di sediakan dan enak, betul tak?
Walaupun bahan-bahannya mudah di dapati tapi hasilnya ermm lazat.
Lasagna Sedap Yang Hanya Menggunakan Roti
Selalunya kita gunakan kulit lasagna tapi kali ini saya berjaya dapatkan resipi lasagna yang menggunakan roti yang menggantikan kulit lasagna.
Bahan-bahan:
- 1 Biji Bawang Holland
- 3 Ulas Bawang Putih
- 400 gram Ayam (Dicincang)
- 2 Biji Tomato
- 300 gram Sos Spagheti
- 1 Kiub Ayam
- Gula
- 1/2 Sudu Besar Emping Cili
- 1/2 Sudu Besar Herba Campuran
- 250 gram Krim Keju
- 1/4 Cawan Susu Cair
- Roti – di gelek nipis
- Keju Cheddar
Cara-cara:
- Kesemua bahan-bahan ini di masak seperti kita memasak kuah spagethi Bolognese.
- Lapiskan kuah spagethi bersama roti yang di gelek nipis dan juga keju cedar.
- Ulang langkah di atas sebanyak 3 lapisan.
- Bakar 160ºC / 320ºF selama 30 Minit.
- Hidangkan panas-panas.
Boleh tengok resipi di youtube channel BuatOrangLapa
Tomyam Putih ala Restoran Thai
Tomyan juga merupakan salah satu menu yang senang di sediakan di bulan Ramadan nanti dan mengambil masa tidak lama untuk menyediakannya.
Selalunya kuah tomyam merah yang kita masak, kali ini saya kongsi resipi tomyam kuah putih pula.
Bahan-bahan:
- ½ liter air
- 1 kiub ayam
- 2 batang serai
- 1 inci lengkuas
- ½ biji bawang holland
- 3-4 helai daun limau purut
- cendawan tiram
- 5-10 ekor udang
- 6-10 cili padi
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 ekor sotong
- garam secukup rasa
- tomato
- 2-3 biji limau nipis (ambil jus)
- daun ketumbar
Cara-cara:
- Masukkan air di dalam periuk dan masak hingga mendidih.
- Masukkan bahan rebusan seperti kuib ayam, serai, lengkuas dan bawang Holland serta limau purut.
- Masukkan cendawan dan cili padi biarkan seketika.
- Masukkan udang dan sotong dan biarkan ia masak.
- Masukkan tomato, garam dan jus limau nipis. Rasa kemasamannya sesuai dengan tekak iaitu tidak.
- Hidangkan panas-panas bersama daun ketumbar.
Boleh tengok resipi di youtube channel Che Nom
Kubis Gulung Isi Ayam
Resipi ini sesuai bagi mereka yang ingin kurangkan pengambilan carbs dalam diet.
Bahan-bahan:
- 500 gram daging ayam cincang
- 1/4 cawan daun bawang (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji cili merah (dicincang)
- 1 biji bawang merah (dicincang)
- 1 sudu kecil lada putih
- 2 sudu kecil kicap cair
- Garam secukup rasa
- 1 biji kubis
Cara-cara:
- Dalam satu mangkuk, gabungkan 500 gram daging ayam cincang, 1/3 cawan daun bawang, 3 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 1 biji bawang merah, 1 sudu kecil lada putih, 2 sudu kecil kicap cair dan garam secukup rasa.
- Rebuskan 1 biji kubis selama 10 – 15 minit. Ketepikan.
- Leraikan daun kubis satu per satu (jangan bagi terkoyak okay). Potong bahagian batang keras.
- Letakkan isi ayam ke atas sehelai daun kubis dan gulung ketat-ketat.
- Kukuskan kubis gulung selama 10-15 minit.
Kubis gulung isi ayam sudahpun siap untuk dinikmati. Jemput makan semuanya
Boleh tengok resipi di youtube channel SAYS Seismik Makan di:
Untuk waktu sahur saya cadangkan resipi yang cepat di masak kerana waktu imsak tak berapa lama, seharuslah menu makanan yang mudah menjadi pilihan.
Ayam Kelapa Berkrim Hanya 30 Minit Sahaja
Ayam kelapa berkrim adalah kari ayam yang sederhana dan enak, dan ia adalah makanan enak yang dimasak seketika, disiapkan hanya dalam 30 minit.
Bahan-bahan:
- 500 gram ayam (tanpa tulang)
- 1 Cawan Santan Kelapa
- 3 sudu besar minyak masak
- 2 biji kecil cili merah kering
- Bawang 1 Cawan (Cincang)
- 2 sudu kecil bawang putih di blender
- 2 Cili Hijau bersaiz sederhana
- 1 sudu kecil garam
- ½ sudu kecil lada hitam
- 1 sudu teh Serbuk Cili Merah
- 1 sudu kecil serbuk jintan
- 1 sudu kecil tepung ketumbar
- ½ Serbuk Kunyit
- 1 sudu teh Serbuk Garam Masala
- ¼ Cawan Air
- 2 Tomato Saiz Kecil
- 1 sudu besar ketumbar (cincang)
Cara-cara:
- Panaskan kuali pada api sederhana tinggi.
- Masukkan tiga sudu besar minyak masak dalam kuali.
- Masukkan dua cili merah kering bersaiz kecil dalam minyak panas.
- Masukkan 1 cawan bawang cincang dan tumis hingga naik bau.
- Masukkan dua sudu kecil pes bawang putih dan dimasak sedikit. Anda juga boleh menggunakan bawang putih parut.
- Masukkan dua cili hijau bersaiz sederhana di dalamnya.
- Sekarang tambah 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil lada hitam hancur, sudu kecil serbuk cili merah, 1 sudu kecil serbuk jintan, 1 sudu kecil serbuk ketumbar, 1/2 serbuk kunyit dan 1 sudu kecil serbuk garam masala.
- Masukkan ¼ cawan air dan masak selama 2-3 minit sehingga pecah minyak.
- Masukkan 500 gram ayam tanpa tulang dan masak selama satu minit sehingga berubah warna.
- Masukkan dua tomato bersaiz kecil dan tutup, masak ayam dengan tomato selama 5 minit dengan api sederhana tinggi.
- Masukkan 1 cawan santan ke dalam ayam dan masak selama lebih dari 10 minit sehingga berkrim.
- Taburkan 1 sudu besar ketumbar segar yang dicincang ke dalam ayam kelapa berkrim.
- Tutup api dah hidangkan.
Boleh tengok resipi di youtube channel SpiceBangla di:
Bagaimana pilihan resipi Ramadan untuk kali ini?
Rasanya enak dan mudah di sediakan, walaupun bukan di dalam bulan Ramadan pun kita boleh menyediakan.
Apa pun selamat mencuba dan selamat menyambut Ramadan al Mubarak.