
Macam mana semuanya??
Sihat??
Masih bertahan di musim pkp nieh??
Sememangnya musim perintah kawalan pergerakan ini rata-rata kita mempunyai banyak masa lapang sampai kita termenung tidak tahu nak buat apa, jadi saya cadangkan untuk anda semua mencuba ‘DALGONA COFFEE’ yang kita menjadi kegilaan warga net di luar sana.
Kredit Photo dari @mekterengganu
Kalau anda semua nak tau perkataan ‘Dalgona’ ini di ambil daripada nama manisan yang bertekstur ala-ala span yang popular pada tahun 1970an dan kini menjadi makanan nostalgia masyarakat Korea Selatan. Terciptanya ‘Dalgona Coffee’ adalah daripada masyarakat di Korea Selatan yang bosan duduk di rumah semasa ‘social distancing’ ini dan merebaklah viralnya hingga ke negara kita.
Dalgona Coffee terdiri daripada serbuk kopi segera, gula, air panas, susu dan krim. Minuman viral ini akan menghasilkan dua warna – coklat dan putih. Ia juga dikatakan menyerupai gula-gula cair sebelum ia mengeras.
Seriuslah, saya tak tipu!
Hasil air tangan saya, nampak comot tapi enak!
Cara Menyediakan ‘Dalgona Coffee’ Viral yang paling mudah ni
Bahan-bahannya adalah mudah saja dan kesemuanya ada di rumah kita iaitu:
- 2 sudu serbuk kopi – tak kira ap juga kopi janji kopi
- 2 sudu gula
- 2 sudu air panas
- Susu segar
- Ais kiub
Cara-cara:
- Kesemua bahan ini di pukul samada menggunakan whisk mahupun mixer hingga kesemuanya sebati dan kembang.
- Sediakan secawan ais dan tuangkan susu hingga sama paras dengan ais dan kemudiannya masukkan adunan kopi ini tadi di atasnya dan wallah sudah boleh di nikmati.
Untuk lebih pemamahan mengenai cara membuatnya, saya kongsikan video mudah daripada Instagram Makanmakannnnnn.
Kredit Dapo Erin
Selain daripada di buat kopi, kita juga boleh mempelbagai resipi ‘Dalgona’ ini. Untuk mereka yang tidak gemarkan kopi, saya syorkan anda semua untuk mencuba 2 resipi dalgona ini iaitu :
Dalgona Milo Creamy
Bahan-bahan:
- 2 sudu serbuk milo
- 2 sudu gula
- 2 sudu air panas
- 1 sudu ovalette
- 1 cawan susu penuh krim
- Ais kiub
Cara-cara:
- Campurkan serbuk milo, gula, air panas dan ovalette di dalam mangkuk dan kacaukan hingga sebati dan kembang ringan.
- Ceduk adunan sedikit demi sedikit ke atas segelas susu yang mengandungi ais kiub dan taburkan sedikit lebihan serbuk milo di atasnya.
- Selamat menikmati Dalgona Milo!
Kredit SisDaMia
Dalgona Matcha
Bahan-bahan:
- 2 sudu serbuk matcha
- 20ml sirap gula
- 100ml whipping cream
- susu
- Ais kiub
Cara-cara:
- Pukulkan serbuk matcha, sirap gula, whipping cream sehingga lembut dan kembang.
- Tuangkan adunan lembut di dalam cawan yang berisi susu dan ais kiub
- Ok jemput minum semua
Credit Niko Neko Matcha
Di sini saya kongsikan jugak resipi ‘Dalgona’ yang boleh di jadikan pemanis mulut yang di ambil daripada youtuber Cooking Tree
Resipi No-Bake Dalgona Cheesecake
Bahan-bahan:
- 150g gula
- ¼ sudu teh baking soda
- 90g Lotus cookies
- 40g mentega unsalted di cairkan
- 200g keju krim
- 40g gula
- 2g vanila ekstrak
- 3g jus lemon
- 5g gelatin
- 150g whipped cream
Cara-caranya:
- Tuang gula ke dalam periuk dengan api yang rendah. Kacau perlahan dan sentiasa memastikan gula tidak terbakar. Setelah gula menjadi coklat keemasan, matikan api.
- Tambahkan baking soda dan kacau dengan cepat. Tuangkan campuran ke atas baking paper. Letakkan satu lagi baking paper ke atas campuran gula dalgona dan tekan dengan bahagian bawah periuk. Rehatkan adunan seketika.
- Masukkan Lotus cookies dalam beg ziplock dan hancurkannya dengan halus. Dalam mangkuk, tambahkan mentega cair ke Lotus cookies yang dihancurkan dan kacau dengan baik.
- Masukkan campuran ke dalam acuan kek 15cm dan meratakannya perlahan-lahan. Biarkan sejuk di dalam peti sejuk.
- Ambil adunan dalgona yang keras dan hancurkan dengan sudu. Keluarkan beberapa keping untuk menghias kek dan letakkan selebihnya dalam beg ziplock, dan hancurkannya dengan halus.
- Pukul keju krim lembut pada suhu bilik dan kacau hingga rata. Masukkan gula, jus vanila dan jus lemon. Campurkan dengan baik.
- Masukkan gelatin yang dicairkan dan campurkan sebelum menambah krim. Masukkan potongan dalgona yang dihancurkan.
- Tuangkan campuran ke dalam acuan kek dan biarkan ia membekukan selama sejam. Untuk mengeluarkan kek dengan mudah dari acuan, gunakan tuala stim dan bungkusnya di sekitar acuan. Setelah acuan dikeluarkan, potong kek ke dalam 6 keping sebelum di hias dengan kepingan dalgona di atas seperti yang dikehendaki.
Kredit Cooking Tree
Resipi Dalgona Tiramisu
Bahan-bahan:
- 2 kuning telur
- 20g gula
- 2g serbuk kopi segera
- 2g extract vanila
- 2 putih telur
- 30g gula
- 65g tepung kek
- 1g baking powder
- 100g gula
- 1g baking soda
- 450g mascarpone cheese
- 70g gula
- 5g extract vanilla
- 400g whipping cream
- Sirap kopi (3g instant coffee powder + 100g water + 15g sugar)
Cara-caranya:
- Gunakan campuran kuning telur. Masukkan gula, serbuk kopi segera, ekstrak vanila sehingga kembang. Ketepikan.
- Pukul putih telur sehingga berbuih. Semasa berbuih, tambah setengah gula dan pukul pada kelajuan rendah selama 30 saat. Masukkan baki gula tersebut dan teruskan dipukul selama 30 saat lagi untuk mendapatkan adunan meringue. Kurangkan kelajuan dan pukul untuk satu atau dua minit hingga selesai.
- Tambah kira-kira ⅓ adunan meringue itu tadi ke campuran dalgona, kacau perlahan-lahan. Tambah semua meringue yang tinggal dan campurkan perlahan-lahan.
- Ayak dalam tepung kek dan serbuk penaik. Di kacau bersama spatula dengan perlahan-lahan untuk mengelakkan meringue daripada mengecil.
- Tempatkan di dalam beg paip dengan hujung bulat 1cm. Buat garisan adunan garis panjang di dalam dulang pembakar (31cm x 22.8cm) dilapisi dengan kertas pembakar. Padankan adunan untuk menghilangkan buih dan debu yang besar dengan gula aising.
- Bakar selama 11 – 12 minit dalam ketuhar 180 darjah yang dipanaskan. Setelah dibakar, letakkan di atas rak penyejuk dan biarkan sejuk.
- Tuang gula ke dalam periuk dengan api yang rendah. Kacau perlahan dan sentiasa memastikan gula tidak terbakar. Setelah gula menjadi coklat keemasan, matikan api.
- Tambahkan baking soda dan kacau dengan cepat. Tuangkan campuran ke atas baking paper. Letakkan satu lagi baking paper ke atas campuran gula dalgona dan tekan padat dengan bahagian bawah periuk. Setelah sejuk, hancurkan sekeping. Tuangkan beberapa keping dalgona dengan baik.
- Potong bisque sheet kepada saiz bekas. Ketepikan.
- Dalam mangkuk, tambahkan keju mascarpone, gula, vanila dan kacau rata. Masukkan krim sebat. Campurkan lembut dengan spatula sebelum beralih ke pengadun supaya anda boleh mencampurkan dengan lancar.
- Untuk menyusun adunan, letakkan dahulu bisque sheet ke dalam bekas.. Sapukan lapisan sirap kopi di bisque. Rendam dengan baik supaya rasanya lebih baik. Paipkan lapisan krim mascarpone di atas. Potongan lapisan Dalgona di atas krim. Tambah lapisan krim lain. Paipkan lapisan terakhir krim dan taburkan potongan dalgona yang halus. Hiaskan dengan kepingan yang lebih besar. Nikmati segera!
Kredit Cooking Tree
Sememangnya resipi ‘Dalgona Coffee’ ini mudah disediakan dan boleh dihidangkan serta dinikmati pada bila-bila masa. Selain daripada dapat mengisi masa lapang ianya jugak boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga dengan bersama-sama membuat kopi viral ini.
Selamat Mencuba