
Jenama Rasa Sayang merupakan pengeluar fesyen sejak dari 2012 di mana ianya menawarkan pilihan pakaian muslimah sama ada tradisional mahupun moden.
Koleksi fesyen di Rasa Sayang ini khas untuk wanita muslimah berusia 30-50 tahun dan kepelbagaian saiznya daripada saiz XS hingga 7XL serta ianya dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik kerana ianya mengeluarkan pelbagai jenis produk mereka sendiri termasuklah penglibatan dari proses perancangan, reka bentuk, pembuatan, dan pengedaran yang membuatkan jenama ini relevaan di pasaran.

Di antara produk yang perlu didapatkan di Rasa Sayang ini adalah Seluar Panjang Stretchable kerana ianya sangat selesa apabila digayakan mengikut konsep ‘mix and match’ dengan blouse kegemaran anda.

Di antara tips fesyen untuk wanita berhijab agar tetap ‘trendy’ termasuklah pemilihan warna seperti warna hitam, warna pastel dan earth colour, rekaan yang menutupi bahagian pinggul dan harusnya ianya kelihatan loose ataupun longgar.
