
Lebih kurang 2 minggu lagi kita bakal menyambut bulan Ramadan yang mulia ini.
Sememangnya umat Islam senantiasa menanti-nanti kedatangan bulan yang penuh rahmat ini, di bulan inilah kita senantiasa mahu berbuat kebaikan dengan berpuasa, bersedekah, berterawih, berkumpul bersama keluarga dan pelbagai lagi.
Di bulan inilah juga kita bakal di uji dengan bermacam-macam perkara samada berbentuk fizikal mahupun emosi maka seharusnya kita tabah melaluinya.
Walaupun hanya setahun sekali, apakah persediaan anda semua untuk menyambut bulan Ramadan ini?
Di sini saya ingin kongsikan beberapa panduan untuk anda kekal sihat sentiasa:
1. Mengambil vitamin dan suplemen tambahan secara konsisten
Selain daripada minum air yang cukup, kita hendaklah mengambil vitamin dan makanan tambahan di bulan Ramadan ini. Ini kerana ianya akan membuat kita mengekalkan ketahanan badan dan tenaga sewaktu kita berpuasa. Saya syorkan vitamin Executive B Complex dari Biolife.
Executive B Complex menyediakan gabungan vitamin kumpulan B yang diperkaya dengan Vitamin C dan mineral terpilih. Executive B Complex membantu menyokong status pemakanan seisi keluarga terutama bagi mereka yang menjalani diet tidak seimbang dan juga bermanfaat untuk menambah tenaga.
Boleh di dapati farmasi berdekatan anda dan juga Guardian dan Watsons.
Untuk dapatkan secara online, boleh ke https://www.biolife.com.my/productcategory/general-health/executive-b-complex
2. Tambahkan masukkan protein tanpa lemak untuk menu masakan anda
Daging lembu, susu, yogurt, telur, keju, ikan dan ayam adalah semua protein berkualiti tinggi yang sangat lengkap. Pilih protein tanpa lemak untuk mendapatkan manfaat dengan lemak tepu yang sedikit, Ini termasuklah ikan, ayam tanpa kulit dan tenusu rendah lemak untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada hidangan anda.
Bahan-bahan segar ini boleh di dapati di Supermarket TMC
Saya sertakan resipi buka puasa yang mudah di sediakan.
Resepi Ayam Masak Kam Heong ringkas dan sedap.
Bahan-bahan:
- 1kg kepak ayam
- 2 sudu besar serbuk kunyit
- 2 sudu besar tepung jagung
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang kuning
- 1 biji cili merah
- 3 biji cili padi merah
- 1 genggam daun kari
- 2 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
Cara-cara:
- Dalam satu mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, tepung jagung, garam dan lada hitam.
- Gorengkan ayam sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan
- Dalam kuali asing, tumis bawang putih, bawang kuning, cili merah, cili padi merah dan daun kari sehingga wangi.
- Masukkan serbuk kari dan tumis seketika.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Tumis seketika
- Masukkan ayam yang telah digoreng dan masakkan sehingga ayam masak penuh dan kuah rata.
Ayam Masak Kam Heong sudahpun siap untuk dihidang!
Untuk lain-lain resipi boleh di dapati di sini:
3. Layari Ke MyNews.com Untuk Dapatkan Makanan Bagi Berbuka Puasa Nanti
Untuk mereka yang senantiasa sibuk tidak kira masa di bulan puasa akan datang nanti, boleh dapatkan makanan yang sedia untuk di makan untuk berbuka.
Di MyNews selain menjual barangan keperluan harian, ianya juga menyediakan menu makanan sedia untuk di makan ‘ready to eat’ di bawah jenama Maru Kafe. Terdapat menu seperti sandwich, salad, bento,roti, pastry, pemanis mulut dan kopi segar.
Klik ke sini untuk dapatkan menu makanan yang terdapat di sini
4. Membersihkan dan menyusun atur seluruh rumah
Kalau di fikirkan sebaik-baiknya eloklah kita mula mengemas dan menyusun atur sebelum bulan Ramadan nanti kerana kuranglah penatnya nanti. Seeloknya boleh lah kita mula menukar langsir rumah dan mengelap kipas dahulu kerana ianya memerlukan tenaga yang banyak untuk memanjat tangga. Kemudiannya barulah di lakukan kerja-kerja yang lain pula.
Seperti kata Marie Kondo “Sebelum anda mula mengemas, bayangkan seketika kehidupan yang bagaimana anda inginkan’’. Jika impikan kehidupan yang harmoni,eloklah kita mula berubah. Ya kerja-kerja rumah untuk memerlukan teknik dan motivasi yang kita memulakannya.
Untuk di jadikan panduan, saya sertakan beberapa video tips cara mengemas rumah yang memudahkan kerja-kerja anda di bulan puasa nanti
Cara menyusun atur benda-benda kecil di atas meja.
Di dalam Bahasa jepun, “hikidashi” bermaksud “laci” dan dengan hanya menggunakan kotak-kotak kecil, kita hanya susunkan barang-barang ini seperti di dalam laci dan letakkan di tempat yang mudah nampak dan senang untuk di capai.
Bagaimana, mudah kan!
Itulah serba sedikit tips dan panduan yang dapat di kongsikan untuk anda semua menjelang Ramadan nanti. Yang mana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, semoga Ramadan ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua umat Islam di luar sana.