
Hi Semua,
Di masa bulan Ramadan inilah masanya kita menajamkan kemahiran memasak untuk berbuka puasa dan disebabkan musim PKP ini tiada bazaar Ramadan di seluruh negara bagi memutuskan rangkaian wabak Covid-19 ini marilah kita menyediakan juadah berbuka puasa di rumah dengan air tangan anda sendiri.
Di saya sediakan beberapa resipi kuih muih, biskut dan kek untuk anda mencuba.
Resipi Biskut Arab Rainbow
Namanya sudah cukup membangkitkan selera mereka yang berpuasa kerana biskutnya yang berwarna warni, caranya cukup mudah ikuti resipi ini yer
Bahan-bahan:
- 8 sudu besar minyak sapi
- 50g gula icing (ditapis)
- 200g tepung gandum (ditapis)
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 20g badam kisar
- 1/2 sudu kecil garam
- Pewarna
Cara-cara:
- Gaul minyak sapi dengan gula icing hingga sebati.
- Di dalam mangkuk lain, gaul tepung gandum bersama baking soda.
- Masukkan ke dalam adunan minyak sapi.
- Masukkan badam kisar dan garam. Gaul.
- Menggunakan tangan, uli sehingga menjadi doh.
- Cubit sedikit doh-doh warna berlainan dan bentukkan menjadi bulat.
- Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.
- Biskut Arab Rainbow sudah siap!
Boleh tengok resipi di youtube channel Seismik Makan:
Onde-Onde, Edisi Sambut Ramadan
Ada yang memanggil Onde-Onde dan ada juga yang memanggil Buah Melaka.
Ianya mesti sedikit kenyal, tak terlalu keras, gula di tengahnya pecah cair bila digigit, serta kena rasa sedap dari lemak masin salutan kelapa parut.
Bahan-bahan untuk jus pandan:
- 5-6 helai daun pandan
- 1 ½ cawan air
Bahan-bahan lain:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
- ¼ sudu kecil pewarna hijau
- gula nisan/ gula melaka secukupnya
- air rebusan secukupnya
- ½ biji kelapa parut
- garam secukup rasa
Cara-cara:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam kedalam bekas.
- Tuangkan air pandan sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.
- Uli adunan sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.
- Seterusnya, ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar ibu jari.
- Kemudian, leperkan bulatan doh-doh tersebut.
- Selepas itu, letakkan gula melaka yang telah dipotong dadu di tengah leperan doh tersebut.
- Taburkan tepung gandum ke dalam dulang.
- Bulatkan semua adunan tadi sehingga habis dan susunkannya di atas dulang tersebut.
- Didihkan air di dalam periuk.
- Masukkan kuih ke dalam air yang sedang mendidih dengan hati hati.
- Biarkan sehingga kuih timbul di permukaan air.
- Kemudian, angkat kuih tersebut dan toskan airnya.
- Akhir sekali, golekkan kuih tadi ke dalam kelapa parut, dan siap!
Nak bagi kuih Onde-Onde tahan lama?
Anda boleh kukuskan kelapa parut terlebih dahulu
Boleh tengok resipi di youtube channel Che Nom:
Pisang Goreng Sambal Kicap
Sememang goreng pisang atau pisang goreng menjadi kegemaran semua di waktu minum petang, lebih-lebih lagi dengan adanya sambal kicap sebagai pencicah ermm lagi terangkat dibuatnya.
Bahan-bahan:
- 100 gram tepung beras
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar tepung kastad
- 1/2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu besar mentega
- 130 ml air
- 4-5 pisang
Cara-cara:
- Dalam mangkuk, masukkan 100 gram tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung kastad, 1/2 sudu kecil serbuk penaik, 1/2 sudu kecil garam, 1 sudu besar mentega. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan 130ml air dan gaul shehingga sebati.
- Celupkan pisang ke dalam adunan dan gorengkan pisang sehingga warna bertukar menjadi keperangan.
- Pisang goreng siap untuk dinikmati panas-panas!
Resepi Sambal Kicap
- 1 sudu besar minyak masak
- 4 ulas bawang putih
- 15-25 batang cili padi
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 1 cawan kicap manis
- 1-2 biji kecil limau kasturi
Cara-cara:
- Dalam kuali yang telah dipanaskan, masukkan minyak dan gorengkan 15-25 batang cili padi dan 4 ulas bawang sehingga wangi.
- Setelah wangi, masukkan cili padi dan bawang putih kedalam lesung dan lenyekkan sehingga menjadi lumat.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa, dan masukkan 1 cawan kicap manis dan gaul.
- Sambal kicap sudahpun siap untuk dinikmati! Kalau nak pedas lagi boleh tambah sukatan cili padi tu untuk rasa lebih kaw.
Boleh tengok resipi di youtube channel Seismik Makan:
Basque “Burnt” Cheesecake
Kek ini menjadi viral baru-baru dan ramai yang mencubanya dan ternyata Berjaya, lagipun bahan-bahan yang di gunakan tidak banyak dan remeh.
Bahan-bahan:
- 500gm cream cheese
- 5 biji telur
- 105gm gula
- Zest of 1 lemon
- 287gm heavy cream
- 20gm tepung gandum
Cara-cara:
- Masukkan lemon zest ke dalam gula
- Pukul keju krim pada kelajuan sederhana rendah hingga berkrim
- Pukul gula dan gaul rata
- Masukkan telur satu persatu
- Ratakan adunan ke dalam mangkuk campuran
- Masukkan krim
- Masukkan tepung yang telah diayak
- Gaul hingga sebati
- Sapukan mentega pada bekas pembakar (9 ”) dan letakkan dengan kertas perkamen
- Tuang adunan di dalam bekas bakar
- Bakar dalam ketuhar 230°C / 446F yang telah dipanaskan selama 25 minit
- Biarkan sejuk sepenuhnya dan sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam
Boleh tengok resipi di youtube channel Consulting Baker:
Agar-Agar Bandung Cincau
Bahan-bahan:
- 1 Cawan Cincau (Sukat lepas dicincang)
- 600ml Air
- 1 Paket Serbuk Agar-Agar
- 120 gram Gula
- 400 ml Susu Cair
- 2 Sudu Besar Tepung Jagung
- 1 Sudu Besar Sirap
Cara-cara:
- Cincang halus cincau dan sukat 1 cawan. Ketepikan.
- Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga serbuk agar-agar hancur menggunakan api sederhana.
- Masukkan gula kacau lagi sehingga gula hancur dan larut.
- Tambahkan pula susu cair dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau sehingga semuanya sebati dan adunan agar-agar menjadi sedikit pekat.
- Kemudian, asingkan adunan agar-agar lebih kurang 400ml ke dalam bekas lain dan masukkan cincau. Kacau rata.
- Masukkan sirap ke dalam lebihan adunan agar-agar tadi dan kacau sebati sehingga jadi bandung.
- Letakkan sedikit adunan bandung ke dalam acuan pilihan masing-masing dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.
- Setelah adunan bandung sedikit keras, keluarkan dari peti sejuk kemudian lorekkan sedikit di atas permukaannya, supaya lapisan atas akan melekat.
- Lapiskan pula dengan adunan agar-agar cincau di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk.
- Ulangi langkah di atas sehingga kesemua adunan agar-agar habis.
Boleh tengok resipi di youtube channel Buat Orang Lapo:
Itulah 5 resipi yang dapat saya kongskikan untuk anda semua, bahan-bahan mudah di dapati dan senang cara membuatnya.
Dah jangan tunggu lagi mari kita mencuba yer