
Salam semua,
Salah satu aksesori yang menjadi keperluan kepada kita semua selain daripada jam tangan adalah kata mata. Samada ianya keperluan bagi mereka yang ingin sembunyikan kecacatan penglihatan ataupun mereka yang ingin bergaya ketika keluar berjalan.

Mereka yang menjadikan kata mata sebagai alat bantuan penglihatan, cerminnya mempunyai kanta gelas yang pelbagai tahap kuasa cerminnya yang membolehkan si penggunanya melihat dengan jelas selain di jadikan perlindungan mata atau untuk untuk perlindungan daripada sinaran UV.
Bingkai kaca mata biasanya dibuat daripada logam atau plastik
Kalau anda nak tahu yang Focus Point merupakan pusat sehenti rangkaian kedai kaca mata terkemuka di negara kita ini yang menawarkan pelbagai jenis kaca mata Dengan lebih daripada 150 jenama terkenal antarabangsa untuk ditawarkan, para pelanggan boleh memilih pelbagai jenama yang menjadi idaman anda semua.
Terdapat 3 trend pemakaian kaca mata ketika ini iaitu :-
Serengeti Eyewear

Serengeti Eyewear membawakan anda teknologi terkini yang anda boleh dapati di pasaran sekarang. Alami lensa ultra unggul yang digabungkan dengan bahan bingkai dengan kualiti dan ketahanan tertinggi. Hanya terdapat di outlet Focus Point terpilih sahaja.
Ashley Lola Eyewear

Ashley Lola Eyewear membawa kembali bingkai yang nampak kecil dan comel ke dalam gaya dan menampakkan kecanggihannya. Sesuai untuk mereka yang berani dan konservatif, Koleksi pilihan warna bingkai yang klasik Ashley Lola akan memastikan ianya terletak cantik di mata anda di mana jua anda gayakan. Terdapat secara eksklusif di gerai Focus Point terpilih.
Jaguar Eyewear

Koleksi kacamata JAGUAR khas untuk jejaka di luar sana, dengan konsep perintis dan perincian teknikal yang menarik serta ianya tampak hebat apabila di gayakan.
Jadi yang mana satu pilihan anda yer?
Focus Point menawarkan koleksi kaca mata yang berkualiti, rekabentuk yang menarik dan harga yang berpatutan.
Dan anda semua boleh ke outlet Focus Point di Mesra Mall untuk melihat sendiri koleksi-koleksi yang cantik ini dan seterusnya untuk membuat tempahan.
Oh ya jangan bimbang, Mesra Mall senantiasa mengamalkan SOP yang telah di tetapkan oleh Kerajaan dan komplek membeli-belah ini senantiasa berada di dalam keadaan yang di nyahkuman dan setiap pintu masuk ditempatkan pengawai untuk mengambil suhu setiap pengunjung dan di sediakan juga ‘hand sanitizer’ untuk kegunaan bersama