TERMA DAN SYARAT- KEMPEN HARI IBU BAPA 2026 (“Kempen”)
- 1.Tempoh Kempen: 10 Mei 2025 – 23 Mei 2026.
- 2.Kaedah penebusan:
- 3.Pelanggan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 10 Mei 2026.
- 4.Terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- 5.Pelanggan boleh menebus RM30 Mesra Mall Shopping Voucher hanya untuk Kempen ini sahaja. Cross-redemption tidak dibenarkan (dengan menggunakan Mesra Mall Shopping Voucher daripada kempen ini dan menggunakan Mesra Mall Shopping Voucher daripada kempen lain).
- 6.Hanya resit asal sahaja diterima. Resit yang melibatkan pertukaran Baucar atau pembayaran menggunakan nilai setara tidak akan diterima. Pembelian boleh dibuat daripada mana-mana kedai kecuali TGV Cinema, TMC, U-Bowl, U-Sport, Bank, tapak promosi, bil telefon dan semua berkaitan dengan perkhidmatan.
- 7.Ganjaran boleh ditebus di Kaunter Informasi Mesra Mall.
- 8.RM30 Mesra Mall Shopping Voucher hanya sah digunakan di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di Mesra Mall sahaja.
- 9.Penebusan mesti dilakukan pada hari yang sama dengan pembelian oleh Pelanggan.
- 10.Penyewa di Mesra Mall tidak dibenarkan untuk menyertai dan/atau menebus bagi pihak Pelanggan.
- 11.Satu (1) resit asal pembelian tidak boleh dipecahkan atau digunakan untuk menuntut lebih daripada satu (1) penebusan.
- 12.Resit yang telah dicop ‘Redeemed‘ atau ‘Duplicate‘ tidak sah untuk penebusan.
- 13.Pembelian yang dibuat daripada resit yang dikemukakan untuk penebusan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan nilai wang tunai atau barangan lain.
- 14.Pembelian yang dibuat menggunakan Mesra Mall Shopping Voucher tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan nilai wang tunai atau barangan lain.
- 15.Mesra Mall Shopping Voucher sama sekali tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan nilai wang tunai atau barangan lain.
- 16.Tiada lagi Mesra Mall Shopping Voucher akan dikeluarkan untuk sebarang transaksi jualan sebaik sahaja Baucar ini digunakan sepenuhnya atau sebahagian daripada harga belian.
- 17.Metro Kemasik Sdn Bhd (“Mesra Mall”) berhak untuk meminta butiran Pelanggan dan bukti pembelian sebagai pengesahan.
- 18.Mesra Mall berhak untuk menukar maklumat, ganjaran dan syarat Kempen tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- 19.Mesra Mall berhak untuk membatalkan mana-mana Baucar yang disyaki mempunyai unsur penipuan atau sebarang kesalahan lain di bawah undang-undang.
Ganjaran Hari Ibu Bapa
Pembelian sekurang-kurangnya RM350 dan ke atas dalam dua (2) resit, Pelanggan layak menebus RM30 Mesra Mall Shopping Voucher.
Umum
- 1. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan dianggap:-
- telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini (“Terma dan Syarat”).
- telah memberikan persetujuan kepada Mesra Mall untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini.
- telah bersetuju bahawa gambar atau klip video Pelanggan boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang Kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 2. Mesra Mall berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan Kempen ini lebih awal atau secara keseluruhannya, atau untuk mengubah, menghapus,
atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Mesra Mall tidak akan
memberi Pelanggan sebarang hak untuk menuntut pampasan terhadap Mesra Mall atas sebahagian atau kesemua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh
Pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan. - 3. Mesra Mall berhak menukar, meminda, membatal, atau menambah Terma dan Syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- 4. Semua Data Peribadi yang berkaitan dengan Kempen ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain yang berkaitan di Malaysia.




