MEDAN SELERA MESRA 2023
Pembelian makanan berserta minuman tin F&N 325 ml (kecuali air mineral) sekurang-kurangnya RM25.00 dalam dua (2) resit di Medan Selera Mesra Mall, Pelanggan berpeluang menebus ‘Mug’ ekslusif edisi terhad
1. Terma dan Syarat
- a. Kempen Medan Selera Mesra 2023 ini dianjurkan oleh Mesra Mall (“Penganjur”) bermula 24 Ogos 2023 sehingga 06 September 2023.
- b. Pembelian makanan berserta minuman tin F&N 325 ml (kecuali air mineral) sekurang-kurangnya bernilai RM25.00 dalam dua (2) resit di Medan Selera Mesra Mall, Pelanggan berpeluang menebus ‘Mug’ ekslusif edisi terhad.
- c. Hanya resit asal sahaja diterima oleh pihak Penganjur dan pembelian hanya dibuat dari Medan Selera Mesra Mall sahaja.
- d. Penebusan ‘Mug’ esklusif Mesra Mall mesti dibuat pada hari yang sama dengan pembelian oleh Pelanggan.
- e. Terhad kepada 500 unit ‘Mug’ sahaja untuk kempen ini. Hanya satu (1) penebusan setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- f. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
2. Umum
- 2.1Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan dianggap:
- telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini.
- telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam kempen ini.
- telah bersetuju bahawa gambar atau klip video mereka boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 2.2 Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan kempen ini lebih awal atau keseluruhan, atau untuk mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberi Pelanggan hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur atas sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- 2.3 Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.


