
Kita sememang tahu yang rakyat Malaysia suka bercuti tak kira apa juga cuti umum pun, janji bercuti. Tidak kiralah di mana jua pun asalkan bercuti.
Tapi bagi mereka yang tidak mempunyai cuti panjang ataupun tidak tahu hendak ke mana, apa kata habiskan masa anda berjalan-jalan di Kuala Lumpur ini, ada pelbagai perkara yang boleh di lakukan bersama keluarga tercinta.
Menonton Wayang Di TGV
Seharusnya aktiviti ini jangan di lepaskan peluang. Terdapat pelbagai jenis genre filem terbaru yang bakal di tayangkan di TGV dan salah satunya adalah . Filem lakonan Jackie Chan ni sememangnya amat sesuai di tonton pada cuti perayaan Tahun Baru Cina ini.
Menikmati Prosperity Sesame Chicken Di The Chicken Rice Shop
Apa kata setelah makan besar keluarga di rumah pada malam sebelum Tahun Baru Cina, dan keesokannya pula, anda mencuba Prosperity Sesame Chicken yang mana hidangan ayam yang lazat berkilau dilimpahi dengan sos manis dan taburan bijan bijan enak di makan bersama keluarga dan sahabat handai.
Tampak menggiurkan bukan? Haruslah di cuba nanti ye.
Dekorasi Indah Tahun Baru Cina Di Centre Court Mesra Mall
Bagi mereka yang berdekatan dengan Mesra Mall ini, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan dekorasi menarik lagi untuk Tahun Baru Cina ini.
Tidak di lupakan juga pada 18 Januari nanti terdapat pelbagai akviti menarik yang di adakan seperti Bengkel Cara Membuat Tanglung dari 12 tengahari hingga 4 petang dan juga Persembahan Tarian Singa yang berlangsung pada pukul 1 petang.
Jangan lepaskan peluang anda, bawa sekali seisi keluarga.
Dapatkan Gadget Terkini Di Gadget Hub
Bagi mereka yang obses dengan aksesori gadget smartphone boleh singgah ke Gadget Hub untuk mendapatkannya. Yang terkini viral di media social adalah air pods case yang di datangkan dengan pelbagai pilihan warna dan mana sesuai di gayakan mengikut pilihan fesyen anda.
Tidak ketinggalan juga akesesori lain seperti selfie light ring, tripod, selfie stick yang anda boleh gunakan untuk berswafoto bersama rakan-rakan dan sanak saudara,
Boleh juga singgah ke mari untuk mengecas smartphone anda secara percuma.
Seronok juga berjalan-jalan di Mesra Mall ni ye, macam-macam yang boleh di lakukan seisi keluarga.