
Setelah berpenat lelah sepanjang lima hari bekerja maka hujung minggu adalah waktunya untuk kita berehat di samping keluarga tersayang.
Selain daripada berehat di rumah, makan bersama, keluar ke taman untuk beriadah ermm apa lagi aktitivi yang kita boleh lakukan yer?
Jom movie marathon!!
Terdapat promosi terkini daripada TGV Online iaitu hanya membayar RM12 untuk tiket wayang sepanjang hari apabila anda menggunakan kad debit untuk membuat pembayaran.
Caranya mudah sahaja:
Langkah 1: Pilih satu atau maksimum dua (2) tempat duduk
Langkah 2: Pada menu “Tawaran Rakan Kongsi”, pilih tiket anda di bawah “Debit RM12 Classic”
Langkah 3: Isikan butiran Kad Debit anda untuk membuat pembayaran
Nah mudah kan!
Tetapi filem apa untuk ditonton?
Mari saya cadangkan beberapa filem untuk tontonan anda sekeluarga nanti
Filem: Mulan

Bergenre pengembaraan dan kekeluargaan, fIlem `live action` berbahasa inggeris dan berdurasi 115minit ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera.
Di bintangi oleh Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, Gong Li, Jet Li
Tarikh Tayangan: 04 Sept 2020
Filem: Ada apa dengan dosa

Saya kongsikan sedikit sinopsis filem ini:
Aurora merupakan remaja berusia 19 tahun yang dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam. Namun, setelah mendapat tahu bahawa dia sebenarnya adalah anak luar nikah, Aurora hampir bunuh diri akibat tertekan. Dia kemudiannya dibantu oleh Khaliq dan pulang ke Malaysia untuk mencari ibu dan bapa kandungnya. Sementara itu, ibu kandungnya, Siti Zahrah, masih dihantui dengan dosa silam, manakala ayah kandungnya pula, Ustaz Aariz, seorang ustaz terkenal, cuba lari dari dosa silam dan tidak mengaku Aurora adalah anak kandungnya demi menjaga reputasinya.
Drama bergenre drama ini adalah keluaran Astro Shaw berdurasi 84 minit dan di bintangi oleh Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi
Tarikh Tayangan: 10 Sept 2020
Filem: Unhinged

Drama bergenre ngeri ini adalah keluaran TGV Pictures yang berdurasi 91 minit dan di bintangi oleh Russell Crowe, Gabriel Bateman, Caren Pistorius dan lain-lain lagi
Saya kongsikan sedikit sinopsis filem ini:
Perbuatannya membunyikan hon kereta kepada seorang lelaki tidak dikenali ketika bergegas ke tempat bekerja menyebabkan Rachel, seorang ibu tunggal, kini berdepan bahaya. Sejak itu, Rachel mendapati lelaki misteri itu sering mengekorinya dan orang-orang yang rapat dengannya menjadi mangsa serangan lelaki itu.
Tarikh Tayangan: 24 Sept 2020
Filem Animasi: Starting life in another world

Sedikir sinopis file mini:
Setelah memasuki sebuah dunia lain ketika pulang ke rumah dari kedai serbaneka, pelajar sekolah tinggi Natsuki Subaru mendapati dirinya keliru dan sesat di dalam dunia tersebut. Dia kemudiannya bertemu seorang gadis jelita berambut perak, satu-satunya orang yang ingin berkawan dengannya. Sebagai tanda terima kasih atas kebaikannya, Natsuki membuat keputusan untuk membantu gadis itu mencari barang kepunyaannya yang hilang.
Drama bergenre ngeri ini adalah keluaran TGV Pictures, ianya di dalam Bahasa Jepun.
Tarikh Tayangan: 24 September 2020
Jadi bagaimana?
Yang mana satukah filem yang akan anda bawa keluarga anda menonton bersama yer, ermm ayuh movie marathon sahaja kan sudah ada dapatkan tiket harga murah kan.

Anda boleh menonton di panggung TGV di lot no. MA1, tingkat bawah di Mesra Mall. Sebelum menonton boleh makan-makan juga di sini kerana terdapat pelbagai restoran, cafe, fastfood yang anda boleh nikmati di sini.
Selamat beristirehat dan menonton yer.