
“Sentiasa ada ruang untuk manisan”. Sering kita dengar kata-kata ini apabila selesai makan hidangan utama. Tetapi, manisan yang anda ingin nikmati haruslah sesuai dengan diri anda. Ada yang menyukai kek, donut, roti manis atau ais krim. Jadi, apakah pilihan anda? Jom ikuti pencarian manisan di Mesra Mall yang pastinya sukar untuk anda membuat pilihan. Semuanya enak!
Secret Recipe Butterfly Pea Lemon Cheesecake
Butterfly Pea Lemon Cheesecake adalah menu terkini dari Secret Recipe, dibuat dengan keju premium EMBORG dan bersama lapisan lemon. Dibahagian bawah kek mempunyai lapisan kerak rangup yang sangat lazat. Bayangkan anda menikmati satu suapan kek ini, anda akan dapat rasa kelembutan kek keju dan diakhiri dengan rasa masam bersama kerak rangup. Ia pasti membuatkan hari anda lebih ceria! Cubalah!
Signature Bun Rotiboy
Rotiboy sentiasa dihati! Satu tidak mencukupi dan aroma kopi ini sentiasa memanggil-manggil apabila melalui kedai Rotiboy. Roti kegemaran rakyat Malaysia ini adalah gabungan istimewa. Isi kandungan terdiri daripada mentega dan dihiasi dengan kopi yang berperisa di bahagian atas. Rotiboy sentiasa menyediakan rotinya segar dari ketuhar agar anda dapat menikmati ketika ia masih panas dan lembut! Dapatkan Signature Rotiboy pada harga RM 12.70 untuk 5 unit.
Donut Big Apple
Big Apple adalah manisan yang sering menarik minat seisi keluarga. Apabila nampak kedai Big Apple, pasti si anak kecil girang memilih donut kegemaran mereka. Ada juga yang memilih donut disebabkan keunikan hiasan di atas sebiji donut. Ada juga memilih kerana minat terhadap warna merah jambu, coklat, hiasan kekacang, corak dan nama yang unik diberikan keatas donut-donut di Big Apple. Ia amat memainkan peranan dalam pemilihan donut. Malah sekarang terdapat mini donut!
Pastinya donut Big Apple yang paling digemari adalah The Chocoholic, Pink Twister, The Alien, Mocha Delight dan banyak lagi! Bersempena musim perayaan, Big Apple telah mencipta 10 menu donut istimewa. Disamping itu, mereka sedang mengadakan promosi. Beli mana-mana Raya Donuts dan tambah RM 17.80 untuk dapatkan bantal leher comel berbentuk donut! Terdapat dalam 2 variasi warna! Dapatkan sekarang!
Kek Dari The Coffee Bean & Tea Leaf
The Coffee Bean & Tea Leaf menyediakan kek yang sangat lazat buat anda yang inginkan manisan ini dikongsi bersama ketika musim perayaan, sambutan hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Pasti memberi kelainan kepada kenangan anda. Kek seperti gambar diatas adalah Hummingbird Cake dan bernilai RM 129.30. Ia adalah kegemaran Amerika Selatan! Kek Hummingbird ini disalut dengan kaekacang, lapisan pisang yang sangat banyak dan taburan kelapa Hawai untuk mencipta ramuan yang lembap dan berperisa. Jika anda memiliki kad keahlian TCB, anda akan dapat 10% diskaun! Kek ini tersedia untuk anda ambil di Mesra Mall. Di The Coffee Bean & Tea Leaf menyediakan lebih kurang 45 jenis kek. Anda boleh pilih dan bertanya kepada barista yang bertugas.
12 Jenis Ais Krim Chocolate Baskin-Robbins
Tibalah untuk cadangan terakhir untuk manisan yang wajib anda cuba di Mesra Mall. Ya Baskin-Robbins, ia adalah manisan yang paling mudah untuk anda nikmati. Tahukah anda bahawa Baskin-Robbins mempunyai 12 jenis ais krim coklat untuk anda pilih? Bagi anda peminat chocolate, inilah masanya untuk anda mengetahui perbezaan setiap ais krim. Hersheys Chocolate Bar, Caramel Chocolate Crunch, Choc Chip Cookie Dough, Chocolate, Chocolate Almond, Chocolate Chip, Chocolate Cookie Cracle, Chocolate Mousse Royale, Chocolate Trilogy, Maui Brownie Madness, NSA Chocolate Chip, Peanut Butter & Chocolate, Rockin Road, World Class Chocolate. Wah banyak sungguh coklat! Coklat yang mana satu akan menjadi 12 terbaik di Baskin-Robbins sekarang? Oh itu anda perlu ke kedai untuk ketahuinya! Selamat mencuba kesemua manisan di Mesra Mall!