
Walaupun Mesra Mall ini nun jauh di Pantai Timur negara kita tapi pilihan makanannya memang tip top dan mengikut trend seakan-akan korang berada di Kuala Lumpur tau. Terdapat banyak pilihan restoran makanan yang mampu menambat selera korang.
Empire Sushi
Empire Sushi® adalah kiosk makanan sushi Jepun Premium, di mana para pelanggan boleh mendapatkannya secara mudah kerana ianya berkonsepkan ‘grab and go‘ . Kita hanya beratur di lorong yang di sediakan sambil memilih sushi mengikut pilihan kita hanya dalam beberapa minit sahaja, sangat memenuhi gaya hidup moden yang serba pantas.
Empire Sushi® memberi tumpuan kepada kualiti makanan untuk semua pencinta sushi. Nasi cuka yang sangat lembab, bahan-bahan segar dan sos buatan sendiri dan yang penting ianya di sediakan segar setiap hari. Boleh singgah ke Lot 27, Ground Floor!
Tealive
Hah mana dia pencinta teh unik di Pantai Timur?? Jika teringin sangat nak pekena minuman the yang pelbagai rasa ermm janganlah bimbang Tealive sedia melayani selera korang.
Bukan hanya sekadar teh biasa, terdapat pelbagai jenis minuman teh yang di gabungkan dengan perasa-perasa unik yang mampu melegakan kehausan di sepanjang hari. Yang sukakan Boba, ermm haruslah dapatkan di sini jugak.
Mau yang panas ataupun sejuk? Semuanya terpulang kepada korang.
The Chicken Rice Shop
Menu ayam memang tidak akan lagi dari kehidupan harian kita. Kalau anak-anak, mereka kalau boleh hari-hari nak makan ayam. So saya cadangkan untuk menu mudah dan cepat bagi sessi keluarga, mari ke The Chicken Rice Shop di Lot 7, Ground Floor. Pilihan hidangan tradisional ayam iaitu di panggang, di stim, di BBQ yang mampu membuatkan korang tersandar kekenyangan sekeluarga.
Selain daripada nasi ayam ada lagi hidangan-hidangan tempatan lain yang korang patut cuba.
Makan-makan semua di Mesra Mall!