
Selain daripada menjaga kebersihan di musim pandemik Covid 19 ni, kita haruslah tidak melupakan untuk menjaga kesihatan dan selain daripada makan mengikut kadar keperluan kalori yang diperlukan, senaman juga untuk tidak harus di tinggalkan.
Bercakap mengenai senaman, aktiviti mendaki di hujung minggu menjadi trend terkini di dalam komuniti masyarakat bandar mahupun luar bandar. Bagi mereka apabila berjaya sampai ke puncak bukit, ini menandakan kepuasan didalam diri mereka.
Ada beberapa tempat yang sesuai untuk di terokai di sekitar Terengganu ni, di antaranya iaitu Rimba Bandar Bukit Bauk dan Bukit Keluang
Rimba Bandar Bukit Bauk
Rimba Bandar Bukit Bauk Dungun, Terengganu merupakan satu lokasi mendaki secara santai sambil menikmati kecantikan bandar daerah Dungun. Kawasan yang amat mendamaikan dengan hadirnya bunyi-bunyian binatang, anda pasti sukakannya serta tempat ini kelihatan terpelihara dan bersih.
Tempat yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk berjalan kaki, mendaki dan berjoging pada waktu pagi. Biasanya terdapat ramai orang pada hujung minggu. Jarak untuk sampai ke puncak adalah kira-kira 3 km yang akan memakan masa lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.
Bukit Keluang
Bukit Keluang mempunyai pemandangan pantai terbaik di Malaysia dengan pantai yang indah, jalan-jalan berlandaskan kayu di sepanjang tebing, gua laut dan bukit setinggi 141 meter dengan pemandangan Laut China Selatan.
Ia terletak di Terengganu kira-kira 6 km ke selatan bandar Kuala Besut yang merupakan tempat para pelancong menaiki bot ke Kepulauan Perhentian.
Terdapat tangga konkrit menuju ke menuju ke puncak bukit. Laluannya berhampiran dengan kawasan tandas jika anda ingin mencuba jalan ini. Tangga berjalan keluar setelah beberapa minit mendaki dan ada laluan kasar menuju ke puncak bukit ini.
Saya pasti ianya memerlukan stamina yang tinggi untuk mendaki bukit ini untuk menikmati pemandangan laut yang indah apabila sampai di puncak.
Boleh rujuk di https://www.malaysia-traveller.com/bukit-keluang.html
Untuk aktiviti mendaki sebegini, kita memerlukan pakaian dan keperluan yang bersesuaian dan selesa di sepanjang pendakian ini. Saya syorkan beberapa jenama yang patut anda dapatkan
Giordano
Detachable hood bonded polar fleece Jacket Style
Khas untuk wanita iaitu jaket senaman berzip depan yang merupakan campuran kain di antara polyester 92% dan spandex 8% serta mempunyai bulu di bahagian hoodie. Ianya berlengan panjang, amat selesa di pakai
Kanga pocket long-sleeve Jacket
Bagi lelaki pula, jaket hoodie berzip depan ini merupakan gabungan bahan 70% kapas dan 30% poliester dan mempunyai poket Kanga di bahagian hadapan. Bertekstur lembut, ianya tahan lama dan selesa di gunakan di saat anda bersenam
Mempunyai pilihan warna untuk anda dapatkan
Hush Puppies
Hush Puppies Women’s World Sneaker – Hitam
Kasut sukan berjenama Hush Puppies ini mempunyai beberapa lapisan kain di bahagian atas dan lapisan di dalamnya namun bahagiannya ianya adalah getah.
Mempunyai keknologi: BioDeWx iaitu “Lapisan mesh kering menyediakan kawalan iklim” amat sesuai di gayakan tidak kira waktu di mana jua berada
Hush Puppies Men Tidal Mid Boot Off Black
Untuk pilihan lelaki pula, di datangkan kasut boots dari Hush Puppies yang mempunyai 2 warna ala monokrom.
Di bahagian atasnya adalah kulit dan luarnya getah dan bahagian insole adalah sintetik. Tali di bahagian hadapan dan amat elok untuk lelaki berjari bulat memakainya untuk menampakkan lagi keselesaan.
Sembonia
Women Mesh Backpack
Untuk wanita reka bentuk yang indah dan estetika kontemporari beg galas ini sangat sesuai untuk meningkatkan gaya hidup anda ke tahap yang lebih tinggi.
Mempunyai penutup zip sekitar Dua Hala serta Slip poket Multifungsi di bahagian dalamnya serta ada petak penutup zip depan luar
Men Lightweight Water-Repellent Backpack
Sesuai untuk di gayakan oleh lelaki kerana reka bentuk yang indah dan estetika kontemporari beg galas ini sangat sesuai untuk meningkatkan gaya hidup anda ke tahap yang lebih tinggi.
Mempunyai penutup zip sekitar Dua Hala serta Slip poket Multifungsi di bahagian dalamnya serta ada petak penutup zip depan luar
The Body Shop
Skin Defence Multi-Protection Lotion SPF 50+ PA++++
Untuk perlindungan terbaik dari sinaran UV matahari, The Body Shop telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu losyen baru yang menggabungkan perlindungan SPF 50+ PA ++++ yang tinggi dengan pelembapan 24 jam. Ianya ringan dan tidak berminyak, bersifat multitasker, mempunyai matriks penapis UV yang lebih baik yang mana itu cara yang baik untuk mengatakan ia membantu melindungi kulit daripada sinar UVA, yang menembusi lebih dalam dan menyebabkan perubahan warna, serta penceroboh harian seperti pencemaran.
Seperti semua SPF yang baik, ia membantu melindungi kulit anda di masa depan dan mencegah pigmentasi dan penuaan pramatang, dan kulit kita juga mengandungi ekstrak ganggang merah dan vitamin C. Ini akan membantu kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat, tetapi anda harus menggunakannya setiap hari.
So bagaimana dengan cadangan-cadangan saya itu tadi?
Adakah dapat membantu anda untuk membuat persiapan mendaki dihujung minggu nanti?
Kalau begitu, marilah ke Mesra Mall untuk dapatkan keperluan pendakian anda di sini.
Selain daripada membeli belah, anda boleh juga melepaskan penat lelah setelah pulang dari mendaki dengan minum-minum juga di restoran, kedai makan serta café yang terdapat di Mesra Mall ini.
Kalau begitu, selamat mendaki di ucapkan semoga sampai ke puncak. Jangan lupa ambil gambar buat kenang-kenangan bila di atas nanti.