
Gambar milik The Coffee Bean & Tea Leaf
Warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya.
Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer (warna yang boleh di gabungkan untuk menghasilkan lebih banyak warna-warna lain) dan warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu: Merah, Biru dan Hijau.
Mari kita bercerita mengenai si merah ini.
Warna merah ini merupakan warna api, sinaran matahari dan darah.
Ianya menggambarkan kemegahan, kehangatan, keyakinan dan semangat jati diri yang tinggi, kekuatan, gagah berani dan pelbagai lagi.
Setiap daripada kita mempunyai minat yang tersendiri dari segi pemilihan warna dan setiap warna-warna yang dipilih itu mempunyai alasan tersendiri, malah mungkin juga kerana suka akan warna itu tanpa ada sebarang sebab, contohnya macam saya suka mengenakan lipstik merah kerana ianya di lihat lebih menyerlahkan wajah nampak lebih berseri.
Bagaimana dengan anda semua ?
Juga sukakan warna merah. Kalau suka saya tambahkan beberapa barangan yang bakal menambahkan lagi sukanya anda pada warna merah.
Sembonia Berrylicious Satchel Bag

Beg tangan warna merah yang cantik dari Sembonia ini di reka dalam bentuk seminimal mungkin agar mudah di gunakan pada setiap hari.
Mempunyai pelbagai saiz poket samada di bahagian dalaman mahupun luaran dan juga mempunyai poket magnetik di bahagian luar. Talinya yang boleh di laras kepada 2 cara iaitu samada di sandang di bahu ataupun di silangkan ala ‘crossbody’
Dilengkapi juga dengan Charm Bag SEMBONIA Metal.
Minuman Segar Swedish Berries Cold Brew Tea Dari Coffee Bean

Nampak menarik bukan?
Sudah tentu kerana warnanya yang sangat merah menyala.
Teh Brew ini menggabungkan bunga raya, kismis dan pelbagai jenis buah beri untuk menghasilkan infusi hangat dan menenangkan yang penuh dengan rasa buah semula jadi dan aroma wangi yang manis dan harum.
Amat enak menikmatinya waktu tengahari ketika cuaca panas terik, sangat melegakan.
Beg Crossbody Merah Boxy Trudy Dari Carlo Rino

Satu lagi beg tangan merah yang bakal menambat hati anda semua.
Bagi menampakkan lagi sentuhan feminin, sebahagian daripada tali beg adalah tali rantai yang berwarna emas. Mempunyai 2 poket zip dalaman, 1 poket slot dalaman dan 6 slot kad dalaman. Terdapat hiasan emas di bahagian pemegang beg bagi menampakkan elegannya. Tali panjangnya boleh di laraskan mengikut keselesaan anda.
Sesuai di gayakan dengan apa juga fesyen pakaian dan kemana sahaja anda pergi.
Koleksi Pakaian OX OX Dari Giordano

Koleksi ‘OX! OX!’ di datangkan dalam warna perayaan Merah dan Kuning, biarkan warna-warna ‘Ong’ atau warna rezeki akan bersinar seperti lembu jantan.
Baju kemeja bertema zodiak lembu jantan ini akan dijual pada harga RM79 untuk 1 helai, RM49 sehelai untuk 2 helai ke atas.
Sudah pasti anda semua akan menyukai koleksi si merah yang saya paparkan pada kali ini. Nampak macam biasa tapi terserlah kemewahannya.
Jangan lupa semuanya ada di Mesra Mall.