Aktiviti sukan sememangnya seronok dilakukan, pelbagai sukan anda boleh sertai. Mungkin dengan bermain futsal, badminton atau sertai larian pada hari minggu. Tentukan minat anda dan anda boleh dapatkan pakaian dan kelengkapan sukan dari Al-Ikhsan. Sedikit tips untuk anda yang baru mula aktif bersukan, mulakan aktiviti secara konsisten. Pada hari pertama, mungkin 15 minit berlari. Kemudian anda boleh set masa larian dari penggunaan jarak. 1KM pada hari kelima? Pasti boleh!
Untuk larian, anda perlu mencari kasut sukan yang bersesuaian untuk berlari. Kasut juga ada pelbagai jenis dan fungsi. Ia akan membantu anda menjaga kualiti larian dan membantu menyokong keselesaan kaki sepanjang berlari. Pastikan juga anda mencari kasut larian yang bersesuaian untuk outdoor dan indoor. Ini kerana, berlari di luar lebih banyak menggunakan fungsi tapak kasut. Tapak kasut haus dan boleh menyebabkan ia menjadi licin semasa anda berlari. Kasut berlari “Nike Air Max Sequent 3″ adalah kasut yang ringan dan mempunyai kusyen kaki yang memberikan keselesaan serta respons yang bagus buat pemakainya. Rekan bentuknya yang menarik membuatkan pemakai lebih “Style” dan fesyen.
Bagi muslimah yang aktif bersukan, baju-T lengan panjang “Adidas Women Originals Long Sleeve Tee” pasti memberi anda kepuasan apabila melakukan apa sahaja aktiviti aktif. Ia longgar, labuh, berkolar bulat dan diperbuat dari kain jersi kapas yang menyerap peluh. Adidas bekerjasama Better Cotton Initiative bagi meningkatkan usaha pertanian kapas di seluruh dunia. Ia bukan sesuai bukan sekadar untuk aktiviti sukan malah boleh di pakai bersama denim untuk menampakan anda lebih fleksibel dan aktif semasa buat aktiviti luar contohnya pergi membeli-belah, bejumpa kawan-kawan dan mengembara.
“Adidas Men D23 Shorts” adalah seluar pendek yang bagus di gunakan semasa membuat aktiviti di gym. Bagi yang sudah biasa dengan produk Adidas mesti tidak akan terlepas untuk membeli ini kerana seluar ini mempunyai pelbagai jenis “design” dan amat selesa di pakai semasa aktiviti lasak di dalam gym.
“PUMA Men Glove Evopower Grip 4” ini adalah sarung tangan bagi pemain bola sepak di posisi “goal keeper”. Dengan adanya glove ini para goal keeper tidak akan cemas apabila menangkap bola dengannya kerana ia mempunyai “grip” seperti seekor Puma yang menangkap mangsanya. Sedikit perkongsian untuk anda, Puma / Cougar / Singa Gunung adalah binatang mamalia yang tergolong dalam kelompok kucing besar.