
Walaupun tanda-tanda pandemik Covid 19 akan berakhir tidak lama lagi, namun kita tidak seharusnya melupakan norma-norma baru di dalam kehidupan seharian kita, khususnya penjagaan kesihatan kita ini sendiri.
Tangan memainkan peranan penting ketika ini kerana dengan tangan wujudnya penyebaran apa juga penyakit berjangkit di sekeliling kita.
Adakah kita menbasuh tangan dengan betul?
Di sini saya tunjukkan cara-cara membasuh tangan dengan betul dan sempurna.

Credit : www.kkm.gov.my
Mudah bukan !
Seharusnya kita jadikan amalan setiap hari dan setiap ketika di mana kita juga berada.
Memandangkan kita kerap mencuci tangan menggunakan produk-produk kimia yang mungkin menjejaskan kulit tangan kita, maka saya syorkan beberapa produk untuk melembapkan kembali konsidi tangan kita.
Losyen Tangan Dari Body Shop

Special Edition Cool Cucumber Hand Cream
Apabila di sapu, rasanya sejuk pada tapak tangan dan jari jemari anda. Bau yang sangat menyegarkan dan ianya berfungsi untuk menyuburkan kulit. Di perbuat daripada jus dari timun dan ‘Community Fair Trade shea butter, ini adalah vitamin untuk tangan yang sempurna untuk sentiasa sejuk sepanjang musim ini. Oh ya di datangkan dengan saiz poket yang boleh di bawa kemana saja.

British Rose Petal Soft Hand Cream
Usapi lah tangan anda dengan penghidratan lembut krim tangan sari berharuman mawar. Dirumuskan dengan sari mawar British yang dipetik dengan tangan, pelembap tangan yang membelai ini seperti anda membawa sejambak bunga mekar ke mana sahaja anda pergi. Ianya tidak berminyak dan lekas meresap dengan serta merta.
Losyen Tangan Dari Watson

Olive Hand Cream
Krim tangan Olive ‘Naturals by Watsons’ ini mempunyai formula pelembap mendalam yang mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan minyak menjadikan tangan lembut dan halus.
Mengandungi Mineral Oil, Silicones, Colourants, Isothiazolinone (MIT, CMIT, BIT) dan ianya bebas paraben. Gunakan 2 kali sehari untuk kesan optimum.

NEUTROGENA Hand Cream Fragrance Free 56g
Tangan yang kering dan pecah-pecah boleh menyebabkan rasa tidak selesa. Neutrogena® Norwegian Formula® Classic Hand Cream mengandungi 99% Gliserin Tulen, yang terbukti secara klinikal memberikan pelembapan yang tahan lama dan mendalam sejak dari titisan pertama di tangan anda.
Formula 99% Gliserin Murni menyimpan kelembapan di permukaan kerana menembusi jauh ke lapisan kulit, menyembuhkan tangan yang kering dan rosak dengan cepat. Neutrogena® Norwegian Formula® Classic Hand Cream melindungi tangan anda daripada cuaca buruk, menjadikannya lembap dan lembut.
Ia bukan hanya untuk tangan. Gunakan pada siku, lutut, muka dan bibir anda – di mana sahaja kulit kering anda memerlukan bantuan tambahan.
Losyen Tangan Dari Guardian

EUBOS Hand Repair and Care 75ml
Krim tangan dari EUBOS ini tidak berminyak dan tahan air mencegah kulit pecah dan melindunginya daripada kesan persekitaran setiap hari untuk tangan yang cantik dan licin.
Anda hanya sapukan sekerap mungkin pada tangan yang bersih untuk rasa lembut seperti sutera.
Mengandungi bahan-bahan seperti Shea butter, Vitamin E, Dimethicone, Panthenol, Allantoin, Urea, Rosa Centifolia, Hydroxy Acids (AHA)

Rosken Dry Skin Cream 25ml
Krim tangan jenama Rosken ini mempunyai tahap kelembapan kulit meningkat hingga 89% dari kali pertama di sapu tangan. Ianya terbukti secara klinikal untuk melancarkan tahap kelembapan kulit hanya dalam 4 hari, wah menarik info ni yer. Diperbuat dan diimport dari Australia dan ianya diperakui Halal.
Segala produk-produk ini boleh di dapati Mesra Mall.
Oh ya Mesra Mall senantiasa berada di dalam keadaan yang di nyahkuman dan setiap pintu masuk ditempatkan pengawai untuk mengambil suhu setiap pengunjung dan di sediakan juga ‘hand sanitizer’ untuk kegunaan bersama.
Jagalah kesihatan anda dan keluarga yer