
Hanya tinggal beberapa hari lagi bagi kita menyambut Hari Ibu.
Ye Hari Ibu di sambut setiap tahun pada Ahad minggu kedua di bulan Mei. Selalunya kita akan keluar membawa ibu kita dan ahli keluarga yang lain untuk mengabiskan masa bersama sepanjang hari istimewa ini.
Tapi di sebabkan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali di serang wabak ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah untuk menjalankan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.
Walaupun tidak di galakkan tapi boleh sahaja keluar tapi kena patuhi prosedur yang telah pun di tetapkan oleh kerajaan, seperti pemakaian mask muka dan kena ada penjarakkan social di antara satu sama lain.
Habiskan Masa Bersama
Inilah saat-saat yang terindah untuk kita menyambut hari ibu dengan menghabiskan masa bersama. Ada pelbagai cara di antaranya bermain ‘board games’ seperti Saidina, Scrable mahupun Catur. Selain daripada mengeratkan lagi perhubungan ianya menambahkan lagi ketajaman fikiran di kala musim PKPB ini.
Selain daripada itu, boleh juga menonton rancangan kegemaran tv seperti drama pukul 7, drama korea yang sedang hangat di perkatakan ketika ini Crash Landing On You, ermm bukan main hensem heronya dan bagus sekali jalan ceritanya.
Sambil-sambil menonton drama tuh, anda boleh hidangkan minuman enak yang di nikmati bersama. Saya cadangkan minum kesihatan ini iaitu:
Healthytini
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan ketumbar
- 1/4 cawan daun pudina
- 1 cili hijau
- Sedikit halia
- 1 1/2 cawan yogurt
- 2 sudu teh ghee
- 1/2 cawan neem flowers
- Garam secukup rasa
- Chat masala untuk hiasan
Cara-cara:
- Blenderkan halia, cili hijau, pudina dan ketumbar bersama air. Kemudian tapis dan asingkan jusnya.
- Dalam pengisar masukkan yogurt dan jus yang telah di asingkan tadi
- Blenderkan bancuhan dan masukkan air jika pekat
- Panaskan ghee dan grillkan bunga neem sehingga saiznyer bertukar menjadi kecil.
- Campurkan dengan susu mentega dan taburkan beberapa masala. Hidangkan sejuk jika anda mahu.
View this post on Instagram
Cipta Kenangan Indah
Di kala ini apa jua perkra yang kita lakukan mesti akan ambil gambar dan muatnaik di social media, ermm betul kan. Barulah ikut trend katanya, jadi apa kata anda membuat video untuk ibu anda untuk mencipta memori untuk hari berbahagia ini. Tidak kisahlah memori ibu anda buat lawak atau video ibu anda memasak untuk anda ermm dan pelbagai aktiviti lagi untuk di jadikan kenangan terindah.
Kemudian anda kongsikan di facebook, Instagram dan jangan lupa di whatsapp group keluarga untuk di jadikan kenang-kenangan bersama.
Manjakan Beliau
Ini pun merupakan idea yang boleh tahan seronok juga kerana ianya tidak memerlukan belanja pun hanya menggunakan kudrat tenaga anda sahaja.
Nak tahu caranya, mari saya kongsikan. Cuma korbankan tenaga dengan mencuci dan mengemas rumah ataupun tawarkan diri untuk membasuh kereta ibu anda. Ermm kan mudah tuh!
Tapi apa kata kalau anda sendiri sediakan makanan di hari yang berbahagia ini, selain gembira kenyang pun dapatkan.
Jom kita masak-masak di dapur
Pasta Kari Untuk Ibu
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang merah
- 1 batang lobak
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu besar butter
- 4½ cawan stok ayam
- 2 sudu teh serbuk kari
- ½ sudu teh garam
- 1/4 sudu teh gula
- Secubit lada hitam
- 10 oz pasta (ikut suka yang mana satu yer)
- 1 cawan kacang peas
- ½ cawan cooking cream
Cara-cara:
- Bawang merah, bawang putih dan lobak di cincang halus
- Masakkan pasta sehingga al-dente
- Cairkan butter di dalam kuali
- Masukkan bahan yang di cincang halus tadi dan tumiskan sehingga naik bau dan lembut lobaknya.
- Masukkan stok ayam dan tambahkan serbuk kari, garam, gula dan lada hitam
- Setelah mendidih masukkan pasta dan kacang peas tadi kemudian di kacau
- Masukkan cooking cream dan kacau seketika sehingga kuah pekat dan bolehlah di hidangkan.
Boleh rujuk di https://www.sprinklesandsprouts.com/curry-pasta/
Kalau nak mudah boleh buatkan facial untuk ibu anda, saya kongsi cara mudah untuk memudah mask muka ini.
Oatmeal honey face mask
Cara-cara:
- Campurkan bersama 3 sudu besar oatmeal (belum masak) dan 2 sudu besar madu can kacau sehingga ianya menjadi adunan yang pekat.
- Sapukan di keseluruhan muka
- Biarkan selama 20 hingga 30 minit. Cuci muka sambil mengurut muka secara perlahan-lahan.
- Sapukan penyegar dan krim pelembap seperti biasa.
Ini bukan sekadar mask muka biasa tapi ianya membantu membersihkan dan proses pengelupasan kulit secara mendalam, ia juga melembapkannya.
Boleh dapatkan info lanjut di: https://femalemag.com.my/beauty/simple-diy-beauty-recipes-rice-and-oats/
Hadiahkan Sesuatu Istimewa
Ini pun salah satu cara untuk kita mengambil hati ibu kita semasa Hari Ibu nanti, hadiahkan sesuatu yang boleh di ingati. Contohnya anda boleh membuat kek dan juga membuat frame gambar untuk dijadikan kenangan bersama.
Ini dia resipi:
Japanese fluffy cheese cake
Bahan-bahan (untuk 6 hidangan):
- 7 sudu mentega
- Keju krim 4 oz (100 g)
- ½ cawan susu (130 mL)
- 8 biji telur, kuning telur
- ¼ cawan tepung (60 g)
- ¼ cawan tepung jagung (60 g)
- 13 putih telur besar
- ⅔ cawan gula pasir (130 g)
- air panas, untuk penaik
- gula tepung, untuk dihidangkan
- Strawberi (340 g), untuk hidangan
Cara-cara:
- Panaskan oven hingga 320 ° F (160 ° C).
- Dalam periuk kecil di atas api sederhana, pukul bersama mentega, krim keju, dan susu hingga cair dan sebati. Angkat dari api dan biarkan sejuk.
- Dalam mangkuk besar, pukul kuning telur hingga sebati, kemudian masukkan ke dalam campuran krim keju, kacau hingga rata.
- Ayak tepung dan tepung jagung, pukul untuk memastikan tidak ada ketulan.
- Dalam mangkuk besar yang lain, pukul putih telur dengan pengadun tangan hingga lembut. Masukkan gula secara beransur-ansur sambil terus memukul hingga lembut.
- Lipat kira-kira ¼ putih telur dan ke dalam campuran kuning telur, kemudian ulangi dengan putih telur yang tinggal sehingga adunan digabungkan sama rata.
- Gris bahagian bawah loyang kek bulat 9 x 3 inci (23 x 7.5 cm), kemudian gariskan bahagian bawah dan sisi dengan kertas perkamen. Jika menggunakan panci springform, pastikan untuk membungkus bahagian bawah dan sisi sepenuhnya dalam foil dua kali untuk mengelakkan kebocoran.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan goncangkan untuk melepaskan gelembung udara yang besar.
- Letakkan kuali ke dalam loyang yang lebih besar yang dilapisi dengan 2 tuala kertas di bahagian bawah. Tuala kertas memastikan bahawa haba diedarkan secara merata di sepanjang bahagian bawah kuali. Isi kuali yang lebih besar kira-kira setinggi 1 inci (2-cm) dengan air panas.
- Bakar selama 25 minit, kemudian kurangkan suhu hingga 285 ° F (140 ° C), dan bakar selama 55 minit lagi, sehingga kek meningkat hampir dua kali ganda dari ketinggian asalnya.
- Keluarkan dari ketuhar, dan alihkan kek dengan teliti ke tangan dan buang kertas. Berhati-hati, kek akan panas. Anda juga boleh membalikkan kek ke pinggan, tetapi ini akan menyebabkan kek lebih banyak mengempis.
Debu bahagian atas kek dengan gula tepung, kemudian potong dan hidangkan dengan strawberi semasa masih suam!
DIY Photo Frame Yang Mudah
Saya kongsikan juga cara-cara mudah untuk membuat photo frame.
Cara-cara:
- Kadbod yang sudah di lekatkan dengan abjad M O m
- Guntingkan ianya untuk menjadi abjad M O m
- Potong daun-daun hiasan halus dan lekatkan di abjad-abjad tadi.
- Kemudian sediakan kadbod abjad O untuk di jadikan sebagai frame untuk di letakkan gambar.
- Ambil lebihan kadbod untuk di jadikan kaki frame anda supaya ianya akan kelihatan tegak dan siap.
Boleh rujuk di sini:
Kalau anda ketandusan idea untuk hadiahkan sesuatu kepada ibu anda, boleh singgah ke Mesra Mall untuk dapatkan pelbagai produk yang boleh di jadikan hadiah.
Pada waktu PKPB ini, Mesra Mall di buka setiap hari pada pukul 10.00 pagi hingga 5.30 petang bermula pada 4hb Mei 2020. Pasti terdapat pelbagai promosi sempena hari Ibu ini.
Jadi bagaimana ?
Jangan bimbang tidak kira anda berjauhan mahupun berdekatan daripada ibu tercinta, ada caranya.
Buat sahaja video call kepada ibu anda, bersembang dengan dan ahli keluarga yang lain sambil itu boleh tunjukkan video istimewa yang lepas-lepas.
Semoga Sambutan Hari Ibu anda akan benar-benar meriah di musim PKPB ini walaupun hanya di rumah sahaja mahupun di mana jua anda berada.
Ingatlah ibu hanya satu, maka hargailah dirinya dan ingatilah dirinya walaupun jauh beribu batu.