
Jom manfaatkan hari mingguan atau cuti-cuti yang akan datang bersama anak-anak. Pelbagai promosi di Mesra Mall tersedia untuk anda dan di sini kami kongsikan beberapa idea untuk anda sekeluarga.
Pakaian Kanak-Kanak PONEY
Kedai PONEY menawarkan pelbagai pakaian fesyen terkini dan aksesori yang bersesuaian untuk anak-anak seawal usia bayi sehingga kanak-kanak 12 tahun. Sejak 1992, PONEY terus berusaha untuk mencapai kesempurnaan dalam pemilihan pakaian. Di PONEY pemilihan material fabrik mengikut musim amat penting. Walaupun anak-anak lasak bermain atau berjalan bersama keluarga, mereka terus tampil kemas dengan PONEY. Berbelanjalah sekarang!
Komik Di Popular Bookstore
Pelbagai Komik terdapat di kedai buku Popular. Kami ingin kongsikan komik pilihan terkini dan menjadi sensasi kerana pengarangnya adalah Ernest Ng. Beliau adalah pelukis komik, grafik dan animasi. Setiap komik yang diterbitkan adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Kemunculan komik pertama bertajuk “Bro, Do not Like That Lah, Bro” pada tahun 2010 terus mencetus fenomena pembaca komik Malaysia. Berikut adalah koleksi komik yang anda boleh dapatkan di kedai buku Popular.
- 1 Jan 2010 – BRO DONT LIKE THAT LA BRO BACK TO SCHOOL
- 1 Feb 2011 – BRO DONT LIKE THAT LA BRO #1 : HERE COMES THE BRO
- 1 Feb 2011 – BRO DONT LIKE THAT LA BRO #2: MY BAD BROMANCE
- 1 Jan 2012 – BRO DONT LIKE THAT LA BRO BACK TO SCHOOL : SECOND CLASS
- 1 Feb 2018 – BRO JGN MACAM TU BRO : BALIK SEKOLAH
- 1 Feb 2018 – BRO JANGAN MACAM TU BRO #1: LIMA SEKAWAN
- 14 Mar 2018 – BRO JANGAN MACAM TU BRO #2 : KISAH BROMANCE