
Musim cuti sekolah hampir tiba, pastinya anda juga harus memikirkan apakah aktiviti yang dapat dimanfaatkan bersama, selain menemani anda membeli-belah barang keperluan dapur, melancong ke luar negara atau sibuk dengan kelas tambahan. Disini, kami ingin memberi beberapa idea untuk aktiviti yang lebih bermanfaat.
Brain Booster : Super-Smart Logic Puzzles
Untuk kanak-kanak yang suka dengan aktiviti yang penuh cabaran, buku Brain Booster : Super-Smart Logic Puzzles adalah satu buku yang mempunyai cabaran yang mampu mencabar minda kanak-kanak. Buku ini bagus untuk membina minda kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah logik dan di samping meningkatkan fokus serta menajamkan akal kanak-kanak untuk menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan “puzzle” yang terdapat di dalam buku.
Minecraft : Guide To Ocean Survival
Minecraft : Guide To Ocean Survival adalah buku rasmi untuk permainan dalam talian yang popular iaitu Minecraft. Buku ini mengandungi cara-cara untuk belajar mengawal pernafasan di dalam air, cari harta karun, melawan pelindung harta karun dan anasir-anasir laut yang jahat. “Minecraft: Guide to Ocean Survival” mengandungi pelbagai hidupan laut yang indah dan banyak harta karun yang susah untuk dapat. Dengan adanya buku panduan dari karya Mojang Ab dapat membantu pada peminat Minecraft.
Disney’s Frozen II Ost With Premium
Filem animasi popular akan kembali lagi pada bulan 22 November 2019 dan jangan ketinggalan untuk mendapatkan Disney’s Frozen II OST. Koleksi ini mengandungi barang-barang premium seperti lagu-lagu original soundtrack dari filem animasi Frozen II, “snow globe” yang boleh ditukar pemandangan serta pelekat-pelekat watak animasi Frozen II.