
Setelah penat bekerja selama 5 hari di setiap minggu, maka hujung minggu semestinya di nanti-nanti kan. Selalunya bila tiba di pertengahan minggu kita telah mula merancang untuk aktiviti pada hujung minggu nanti.
Selain daripada acara makan-makan bersama keluarga, ramai juga yang sukakan aktiviti ‘staycation’ yang berdekatan dengan lokasi rumah kerana tidak mahu menempuh kesesakan lalu lintas yang sangat teruk dan meletihkan.
Tapi bagi mereka yang sesungguhnya inginkan ketenangan bersama yang tersayang, bolehlah melangkah keluar dengan merentas negeri untuk melihat sendiri keindahan ciptaan alam yang menakjubkan.
Saya tampilkan 4 pilihan lokasi penginapan yang berhampiran dengan Mesra Mall. Bukan apa, kalau kekurangan barangan boleh singgah ke sini sebelum sampai ke pusat penginapan yang telah pun di tempah.
Resorts World Kijal

Resort di bawah naungan Genting ini menjanjikan panorama lautan biru dan pantai yang sangat indah dan bersih. Setelah merehatkan diri, anda boleh menikmati hidangan istimewa di Oasis Beach Bistro sambil di hiburkan dengan pertunjukan ‘live band‘ untuk akhiri malam anda.
Untuk tempahan boleh ke: https://www.rwkijal.com/dining/OasisBeachBistro/
Kerteh Damansara Inn

Lokasi yang sesuai untuk berrekreasi di Bukit Labuhan, jalan-jalan di Pantai Kemasik, mempelajari kehidupan penyu di Ma’ Daerah Turtle Sanctuary dan pelbagai lagi
Untuk tempahan boleh ke: https://kertihdamansarainn.business.site/?utm_source=gmb&utm_medium=referral
The Qamar Paka, Terengganu

Manjakan diri dengan ketenangan di resort yang mempesonakan ini di pantai Terengganu yang indah dan nikmati suasana yang sempurna untuk percutian tropika yang santai. Mempunyai daya tarikan yang unik dari perkampungan nelayan di pantai timur Semenanjung Malaysia menjanjikan ketenangan dari bunyi hiruk pikuk kehidupan bandar.
Untuk tempahan boleh ke: https://theqamarpaka.business.site/
Tanjong Jara Resort

Resort berunsurkan rekabentuk asli melayu ini menghadap pantai yang berbentuk sabit dengan pasir keemasan, di sertai dengan tiupan angina sepoi-sepoi bahasa sehinggakan anda akan terlupa masa berlalu kerana dek terpukau dengan kecantikkan Tanjong Jara Resort ini.
Untuk tempahan boleh ke: https://www.tanjongjararesort.com/
Keperluan yang perlu di bawa ketika bercuti, adalah seperti berikut:
STS CON S065 C01 Sunglasses
Cermin mata hitam keluaran Focus Point “Smirk-To-Self” ini, adalah salah satu pilihan fesyen dalam reka bentuk moden tetapi klasik yang cukup serba boleh untuk semua bentuk wajah yang memberi anda penampilan yang cergas dan profesional. Bahan logam keluli tahan karat memberikan rintangan kakisan yang lebih awal untuk ringan dan selesa.
F.O.S Old Skool Women’s GRAPHIC TEE #MUMMY

T-shirt berlengan pendek yang bercirikan kapas lembut dan selesa ini amat sesuai di gayakan di hujung minggu tak kira waktu untuk apa jua aktiviti.
Terdapat pelbagai pilihan warna dan corak di bahagian hadapan
Sandal Pantai Dari Hush Puppies
Elok kiranya kalau anda dapatkan sepasang sandal pantai ketika bercuti ini. Sandal yang diperbuat daripada getah ini amat selesa untuk berjalan-jalan di pantai dan mudah di bersihkan dengan air secepat mungkin.
PONEY Essential Boys Assorted Colors 3-Pack Shirt
T-shirt untuk si manja anda untuk di gaya di percutian singkat ini berlengan pendek dan di datangkan dengan 3 corak yang berwarna warni, sesuai di pakai waktu cuaca panas-panas ini.
Sebenarnya banyak lagi barangan yang di perlukan ketika bercuti ini terpulanglah barangan apa yang ingin anda bawa.
Tapi jangan bimbang, jikalau tertinggal anda boleh dapatkan di Mesra Mall
Terletak di Kemasik, Terengganu, Mesra Mall adalah destinasi membeli-belah yang mesti dikunjungi di Pantai Timur Malaysia.
Mesra Mall mempunyai medan selera yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa, panggung wayang moden, gelanggang boling 24 lorong, gelanggang skuasy, pusat futsal, gelanggang badminton, dan dewan snuker yang luas.