Pada musim perayaan ini pasti banyak perkara ingin dilakukan untuk persiapan. Makan besar pada malam Krismas adalah paling utama, tetapi ketika anda menyiapkan persiapan membeli-belah hadiah dan keperluan persekolahan bagi sesi 2019, jom nikmati makanan seperti dibawah ini ketika bersama insan tersayang. Aiskrim Baskin Robbins, Nando’s dan Big Apple adalah pilihan terbaik untuk anda berehat seketika setelah membeli-belah di Mesra Mall
Bina Snowman Anda Bersama Aiskrim Baskin Robbins
Snowman adalah karakter yang paling digemari oleh kanak-kanak. Ia adalah memori indah ketika kita semua masih kecil. Membina snowman bersama insan tersayang pada musim sejuk adalah perkara yang paling kita nantikan. Bersempenan bulan Disember, sambutan Hari Krismas tidak akan meriah tanpa snowman. Jadi, anda boleh bina snowman anda dari perisa aiskrim Baskin Robbins kegemaran anda! Ia salji di Baskin Robbins! Mari sambut kegembiraan perayaan dengan salji magikal anda!
Nando’s Smoky Peri-Peri Chicken
Sini ada ayam! Kini Nando’s telah hadir dengan Peri-Ometer baharu iaitu Plain…ish, Lemon & Herb, Smoky, Mild, Hot dan Extra Hot. Adakah Peri-Ometer ayam kegemaran anda masih ada? Di Nando’s pasti anda akan menyukai ayamnya kerana ia sangat sedap. Anda boleh nikmati perisa berbeza dengan ahli keluarga anda yang tidak suka makanan pedas, atau yang menyukai makanan pedas giler. Pilihan berbeza tidak akan menjauhkan anda, malah ia adalah cara untuk kita saling mengenali diantara satu sama lain.
Cara terbaik adalah untuk meraikan musim perayaan adalah dengan hidangan Smoky Peri-Peri untuk 4 orang dengan hanya RM99.00. Ini termasuk sajian menyelerakan dengan 4 sajian sampingan lazat, 4 minuman ringan tanpa had dan Salted Caramel Cake Bites yang baharu! Smoky adalah perisa yang memberi kita rasa erat bersama keluarga seperti masa dahulu. Barbeque di belakang rumah sambil melihat anak-anak bermain.
Crown Cranberry Dari Big Apple Donuts & Coffee
Siapa yang tidak menggemari Big Apple? Anda pasti rugi! Ini kerana Big Apple sentiasa memberi donut yang terbaik dengan tekstur donut lembut dan enak. Kini, Big Apple hadir dengan donut baharu iaitu Crown Cranberry disalut dengan glaze coklat strawberi yang manis, dan dihiasi dengan serpih coklat putih dan cranberry kering. Dari kanak-kanak ke orang dewasa, pasti menyukai Big Apple Crown Cranberry ini. Nikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa!