
Pada bulan kasih sayang ini, pasti banyak promosi hadiah yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Tetapi tahukah anda bahawa lelaki dan wanita mempunyai minat yang lebih kurang sama. Cuma tidak menonjol. Mereka menyukai hadiah baru, edisi terkini, edisi terhad, mengikut trend selebriti kegemaran dan paling penting ia adalah warna yang menonjol penampilan mereka. Kebanyakan hadiah akan digunakan, bukan untuk disimpan. Jika insan istimewa anda adalah peminat telefon pintar, kaca mata, wangian dan bag. Jom kami kongsikan idea hadiah untuk insan istimewa anda.
Telefon Pintar Samsung Galaxy A9 Dan Kaca Mata Focus Point Untuk Si Lelaki
Masih terfikir hadiah apa yang sesuai untuk pasangan anda? Kejutan yang paling seronok apabila anda menghadiahkan mereka sebuah telefon pintar. Telefon pintar yang mereka inginkan juga anda perlu tahu, sama ada mereka lebih suka menggunakan ruang storan besar, suka mengambil gambar, bermain permainan dalam talian atau suka telefon pintar terkini di pasaran. Jom beri kejutan dengan menghadiahkan Samsung Galaxy A9 yang mempunyai 4 kamera utama dan 128GB ruangan simpanan!
Galaxy A9 mempunyai kamera telefon pintar quad pertama di dunia. Sistem kamera pintar memberikan anda empat kali fungsi untuk apa jua keadaan. Selain itu, Galaxy A9 menempatkan pemproses Octa-Core mudah alih yang sangat responsif dengan 6GB RAM untuk memberikan anda prestasi tinggi tanpa gangguan semasa anda melakukan apa sahaja perkara sepanjang hari. Pasti pasangan anda bangga kerana memiliki telefon pintar dengan fungsi hebat begini kan?
Kaca mata gaya terkini masih lagi mengekalkan fesyen besar dan lebar.
Focus Point telah mempunyai 190 cawangan dan di Mesra Mall adalah salah satu daripadanya! Sempena Ulangtahun ke-30 tahun Focus Point, banyak promosi sedang berlangsung. Apa kata anda dapatkan hadiah sepasang cermin mata Ray Ban’s Aviators klasik. Rekaan ini tidak akan ditelan zaman dan sentiasa sesuai untuk apa sahaja acara dan pakaian. Malah ia akan membuatkan pasangan anda kelihatan lebih bertenaga dan bergaya.
Jika anda inginkan cermin mata Ray Ban’s Aviators klasik sama seperti pasangan anda, anda boleh dapatkan cermin mata berpasangan. “Couple Sunglasses” seperti selebriti antarabangsa. Berbunga-bunga hati anda bila pasangan memakainya bersama. Betul tak?
Wangian British Rose The Body Shop
Serlahkan kecantikan dan keyakinan pasangan anda dengan wangian istimewa dari The Body Shop. Wangian British Rose Eau De Toilette ini dari ekstrak bunga mawar Britain yang dipetik sendiri. Aromanya lembut dan memanjakan. Pasti si penerima hadiah wangian ini akan gembira dengan koleksi terkini The Body Shop. Pasti menjadi kegemaran dalam koleksi wangian anda. Di sini kami ingin kongsikan bagaimana seorang wanita kekal wangi sepanjang hari.
Mereka menggunakan seluruh rangkaian produk The Body Shop iaitu koleksi British Rose. Diantaranya adalah British Rose Shower Gel, British Rose Exfoliating Soap, British Rose Petal-Soft Bath Foam, British Rose Exfoliating Gel Body Scrub, British Rose Body Yogurt, British Rose Petal Soft Hand Cream, British Rose Instant Glow Body Essence, British Rose Body Butter dan British Rose Fresh Plumping Mask. Pemakaian dengan produk lain di dalam rangkaian British Rose akan membina aromanya. Oh ya, di The Body Shop terdapat servis pembungkusan hadiah dan set hantaran. Pasti girang gembira apabila si isteri, bakal isteri atau ibu anda menerimanya!
Beg Edisi Terhad Carlo Rino Untuk Si Wanita
Koleksi Bag Carlo Rino tidak pernah menghampakan. Tampil dengan koleksi lain dari yang lain dan menambat hati para wanita. Tiada kata-kata dapat digambarkan apabila memiliki sebuah beg dari Carlo Rino. Untuk hadiah istimewa kali ini, apa kata anda hadiahkan sesuatu yang mengikut gaya masa kini. Ramai menyukai gaya yang sedang hit sekarang iaitu beg tangan bulat. Rangkaian yang indah ini menambah sentuhan glitz kepada mana-mana wanita. Sophisticated, bergaya dan kontemporari. Ia boleh dipadangkan ke majlis rasmi, memakai kasual atau ke pejabat. Beg seperti ini akan meningkatkan penampilan si pemakai.
Top-Handle Bag ini tampil dengan dua rekaan berlainan dalam warna hitam dari material Faux Leather dengan satu tali panjang yang boleh dilaras dan boleh ditanggalkan. Kami ingin mencadangkan anda hadiahkan beg berbentuk bulat itu. Anda boleh lihat perincian rekaan ini seperti cengkerang mutiara laut.