
Selain daripada ibu, orang yang terpenting di dalam hidup kita adalah bapa. Tak kralah apa juga panggilan samada bapa, ayah, apak, walid tetap kita sayang dan hormat di sepanjang hidup kita.
Sempena sambutan Hari Bapa yang bakal tiba bulan Jun ini, tentu anda semua terfikir apakah hadiah yang sesuai di berikan kepada bapa anda.
Di sini saya kongsikan untuk tatapan anda semua.
Cermin Mata RAY BAN Dari Focus Point
Pada saya ianya sangat cantik apabila di gayakan oleh bapa kita. Bingkai plastik berwarna hitam yang berbentuk bujur dan ‘transparent’ menampakkan lagi kematangan pada wajah.
Boleh di dapati secara di Focus Point untuk mencuba sendiri bagi mendapatkan keserasian di antara bentuk wajah dan cermin mata.
Samsung Galaxy Z Flip
Smartphone yang boleh di lipat?
Ermm kembali ke zaman 90an ni, di mana terdapat pelbagai telefon yang boleh di lipat dan di buka apabila hendak di gunakan.
Samsung Galaxy Z Flip ini di datangkan dengan skrin AMOLED yang mengasyikkan dan memberikan kualiti warna yang luar biasa dan ianya Android 10 UI2 dan bersaiz 6.7 inci untuk tontonan sinematik yang menakjubkan serta bingkainya merupakan aluminium.
Singgah ke Maxis Store di Mesra Mall hari ini!
Penapis Udara Dari Cuckoo
Memang sudah menjadi keperluan bagi setiap rumah untuk mendapatkan penapis udara memandangkan ketika ini udara di pesekitaran kita semakin tercemar dengan pelbagai bahan-bahan toksik.
Saya cadangkan untuk dapatkan CUCKOO C+ sebagai hadiah kepada bapa anda.
Ianya melembapkan udara walaupun di tempat yang luas dan dapat menghilangkan sehingga 99.95% habuk udara. Mengandungi Plasma Ioniser yang mampu mengubah bahan berbahaya menjadi udara bersih.
Sistem penapiasannya mempunyai 4-penapis dan 7 peringkat serta mempunyai pelbagai fungsi yang mudah dan panduan suara dengan 4 bahasa, sesuai di letakkan di dalam bilik tidur.
Kemeja dari Giordano
Kemeja berkolar lengan panjang baldu ini di hasilkan dari 100% kapas dan rekaannya tampak hebat di gayakan.
Mempunyai 3 jenis ketebalan iaitu ringan, sederhana dan tebal, dan warnanya juga agak sesuai untuk bapa kita
Belfast Li Brown Dari Hush Puppies
Tak salah rasanya kalau kita hadiahkan kasut untuk bapa kita dan kasut kulit keluaran Hush Puppies ini amat selesa di gayakan pada ada jua keadaan. Tekstur kulitnya di hasilkan daripada kulit lembu dan tapaknya begitu selesa sekali bagi mereka yang telah berumur.
Dan warna coklat sangat sepadan dengan pakaian yang di gayakan samada berjalan bersama keluarga mahupun berjumpa dengan kawan-kawan.
Itulah serba sedikit untuk panduan anda semua yer
Dan ingatlah walaupun ibu lebih utama dan paling teratas, tetapi ayah juga memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna maka kita haruslah menghargai segala penat lelah dan jasa ayah kita terhadap kita dan ahli keluarga kita yang lelainnya.
Jangan lupa sediakan kek sekali!