
Sekelip mata kita sudah hampir ke penghujung tahun 2020 ini, walaupun pelbagai ranjau dan onak duri yang datang, kita tetap tabah dan sabar mengharunginya.
Untuk itu, rasanya patut kita hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk diri sendiri dan juga yang ahli keluarga, sahabat handai, tidak ketinggalan pada yang tersayang.
Macbook Air Terbaru Dari Thunder Match
Sesuatu yang sesuai dihadiahkan untuk sendiri.

Didatangkan dengan 16 bilion transistor yang mengagumkan, sistem cip Apple M1 (SoC) ini mengintegrasikan CPU, GPU, Neural Engine, I / O dan banyak lagi pada satu cip kecil. Dengan prestasi yang luar biasa, teknologi ini sesuai dan kuasa kecekapannya yang terkemuka di industri, cip Apple M1 bukan sekadar langkah seterusnya untuk Mac – ia adalah tahap yang lain sepenuhnya.
Anda boleh daftarkan diri untuk dapatkan info di sini.
G-Mobile Pro Massage Cushion
Saya rasa kerusi urut ini sesuai di hadiahkan kepada ibu bapa kita.
Dengan keadaan kesihatan mereka mulai menurun, seeloknya anda dapatkan kerusi urut dari Gintell ini, yang mana ianya berfungsi untuk memperbaiki pengaliran darah, melegakan leher dan bahu yang lenguh serta otot lengan dan pinggang melalui 3 program automatik setiap 15 minit masa setiap urutan iaitu seluruh badan, bahagian atas badan dan bawah badan.

Mempunyai terapi haba dan 6 bebola urut yang memperbaiki luka dalaman, mengurangkan stress dan pelbagai lagi.
Iannya ringan dan boleh digunakan di mana juga dan senang dibawa kemana sahaja samaada di rumah, di pejabat mahupun di bawa melancong sekali pun boleh. Walaupun ianya menggunakan material kulit yang lembut, ianya boleh dicuci dan warnanya agak menarik.
Jadi saya rasa ibu bapa anda pasti akan merasa gembira dengan pemberian ikhlas ini kepada mereka.
Cuckoo XCEL Penapis Air
Hadiah yang boleh di gunakan oleh sessi keluarga. Penapis air dari Cuckoo ini mempunyai tiga suhu iaitu suhu panas, suhu sejuk dan suhu bilik mengikut pilihan anda dengan hanya menekan satu pilihan butang.

Betapa mudahnya untuk membancuh minuman panas seperti teh dan kopi tanpa menunggu air masak, mahupun membuat susu bayi, ianya sangat praktikal, menyenangkan dan menjimatkan masa. Diperbuat daripada tangki air anti bakteria tahan karat dan amat sesuai diletakkan di mana jua sudut di rumah yang berkenan dan tampak elegan.
Koleksi Trio Sweet Shower Gel Dari The Body Shop
Untuk teman-teman bagaimana pula?
Bila ke Mesra Mall nanti, bolehlah singgah di butik The Body Shop untuk mendapatkan Trio Sweet Shower Gel ini, diperbuat daripada ramuan Perdagangan Adil Komuniti dari seluruh dunia.
Gel mandian ini membersihkan kulit, dengan kelembutan aroma yang harum dan anda akan terasa segar kembali. Trio hadiah ini sesuai dijadikan hadiah Krismas yang sempurna untuk teman tersayang.

Didatangkan dengan tiga pilihan haruman iaitu Satsuma Shower Gel 60ml, Pink Grapefruit Shower Gel 60ml dan Strawberry Shower Gel 60ml.
Diharapkan idea-idea ini dapat membantu anda membuat pilihan dihadiahkan pada diri sendiri dan juga yang tersayang.
Oh ya, Mesra Mall ada kesemua pilihan produk ini dan juga barangan lain yang sesuai di jadikan hadiah juga.
Jemputlah ke mari, segalanya ada di sini.