
Giordano merupakan satu jenama hebat yang dilancarkan dari tahun 1981 di Hong Kong, menekankan aspek gaya asas, kualiti dan warna yang hebat serta nilai sesuatu barang untuk setiap wang yang dibelanjakan. Menerusi visi mereka iaitu menjadi jenama dunia terbaik dan terbesar dalam peruncitan pakaian, diharapkan kepercayaan akan menyusul tidak lama lagi buat Giordano
Giordano mula mengembangkan sayapnya di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Filipina dan pada tahun 1990 dan Giordano memiliki 150 outlet dan sehingga kini Giordano telah mempunyai lebih dari 2,600 kedai di seluruh dunia. Tambahan lagi, Giordano International Limited telah disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong sejak Jun 1991.
Pelbagai jenis pakaian yang ditawarkan untuk setiap lapisan umur tidak kira tua mahupun kanak-kanak. Baju polo, tees, printed tees, seluar, jaket, sweater, shirt, crops, dress, skirt, jeans, seluar pendek, aksesori dan banyak lagi.
Untuk itu, saya kongsikan bagaimana untuk dapatkan saiz seluar yang tepat Mudah sahaja.
Sebelum memilih seluar, ukur pinggang anda dengan pita pengukur. Lakukan ukuran pada jarak dua jari di bawah kedudukan pusat anda kemudian bandingkan dengan garis ukuran dalam carta ukuran.
Itu sahaja, senang kan