Photo credit: http://www.yuyuzulaikha.com/2018/05/reward-apa-di-terengganu.html
Sembonia mengeluarkan rekaan baru yang ringkas dan elegan buat si gadis remaja yang yang sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. Jalur merah jambu dan krim pastel memberi kesan elegan dan nafas baru. Rekaan seperti ini sentiasa sesuai digayakan bersama pakaian kasual, tradisional atau ke majlis makan malam santai. Diserikan lagi dengan aksesori rantai kunci eksklusif buat peminat jenama Sembonia.
Ringkas dan terkini buat peminat Carlo Rino, pasti ramai akan tertawan dengan reka bentuk beg sebegini. Sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk insan tersayang. Rekaan ringkas ini mudah dipadankan untuk semua acara. Mempunyai 3 jenis warna elegan iaitu biru, hitam dan coklat. Rekaan ringkas ini pasti mudah untuk anda suai padan dengan apa sahaja pakaian kegemaran atau fesyen harian anda.
Serlahkan keyakinan diri anda dengan rekaan Kasut You. Kasut You amat selesa dan ringan, menariknya ia mempunyai manik di bahagian depan untuk memberi fesyen si pemakai kelihatan segar dan terkini. Mempunyai dua warna menarik iaitu biru dan hitam. Kami suai padankan bersama seluar jeans, blouse putih dan tudung bercorak. Pasti selesa!