
Tali pinggang adalah fesyen aksesori lelaki yang tak lapuk dek zaman. Ia adalah tali yang fleksibel terdiri daripada jenis kulit atau kain berat. Dipakai di sekeliling pinggang, yang biasanya kurang lilitan daripada pinggul di bawah untuk menghalang seluar dari jatuh. Tali pinggang digunakan untuk menjamin atau memegang pakaian, seperti seluar atau barang pakaian lain, dengan cara yang serupa seperti suspender dan garters. Sesetengah seluar mempunyai gelung tali pinggang di pinggang, yang memudahkan untuk tali pinggang dipakai rapi.
Tali pinggang mempunyai banyak kegunaan, tetapi ia sering digunakan sebagai pembawa barang lain dengan kepelbagaian warna dan gaya. Seperti yang sering kita lihat, tali pinggang mampu menampung berat sesuatu objek yang dipakai sekali seperti dompet duit syiling, sarung tangan, scabbard, inrōs, dan sebagainya. Ia telah dilekatkan pada ikat tali pinggang sebagai pengganti poket. Pada tahun 1920-an, tali pinggang sering dikaitkan dengan pakaian beruniform polis dan tentera.
Kini, tali pinggang mampu memberi penampilan eksklusif kepada individu. Jenama terkenal antarabangsa sering menjadi pilihan untuk si lelaki kelihatan menonjol dan berkeyakinan. Dua jenis tali pinggang sering menjadi pilihan walau dari mana-mana jenama dan zaman. Ia adalah dari jenis gancu vintage atau automatik. Dua ini diantara pilihan idea hadiah buat si jejaka. Sama ada untuk hadiah hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Ia pasti membuatkan si penerima senyum kegembiraan.
Giordano Two-Layer Leather Automatic Buckle Belt
Tali pinggang aloi gancu automatik sering menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan kemas. Si pemakai akan kelihatan bergaya sepanjang hari. Hanya dengan menarik tali pinggang dan klip sahaja sudah memadai. Tali pinggang dari Giordano ini mempunyai dua lapisan kulit lembu, kalis air & tahan lasak. Dijual pada harga RM 179 dan mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan coklat.
Tali Pinggang Sekental HUMMER
HUMMER terkenal dengan jenama yang lasak dan berkualiti. Dari kenderaan hingga ke aksesori kulit. Semuanya direka untuk kepuasan seharian pengguna. Tali Pinggang HUMMER menggunakan 100% kulit lembu, kerana ia lebih tebal, lebih lasak dan sukar untuk terkoyak. Tali pinggang rekaan tradisional ini sering menjadi pilihan si jejaka kerana ia amat mudah digunakan. Gancu manual berlubang yang boleh dilaraskan mengikut saiz pinggang anda. Kebiasaannya tali pinggang ini lebih panjang dari kebiasaan saiz yang ada di pasaran. Tidak kira anda kurus atau berbadan gempal. Pasti ada HUMMER untuk anda.