Berita gembira bagi penggemar buku cerita dan komik, Kedai Buku Popular sedang mengadakan jualan murah khas untuk komik berilustrasi dan cerita kanak-kanak. Sempena cuti sekolah ini, jom manfaatkan masa bersama anak-anak dengan mengadakan sesi membaca bersama. Ikatan ibu bapa dan anak dapat membantu memupuk keseronokan membaca. Maka secara automatik ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu. Mulakan dengan membaca buku cerita berilustrasi kartun kegemaran mereka. Pasti anak-anak gembira!
Sukan futsal adalah sukan yang paling digemari oleh kita semua. Futsal dikenali sebagai fútsal atau footsal adalah varian persatuan bola sepak yang dimainkan di lokasi yang lebih kecil daripada padang bola sepak. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa di dalam gelanggang tertutup. Futsal dimainkan di antara dua pasukan dari lima pemain yang masing-masing mempunyai penjaga gol. Bagi pemain futsal, kasut adalah amat penting untuk membantu pemain bergerak secara pantas! Nike telah mengeluarkan kasut futsal terbaru bagi semua pemain sukan futsal untuk memaksimumkan permainan dan keselesaan. Bagi yang meminati sukan futsal dan peminat jenama Nike, anda boleh dapatkan kasut ini di Al-Ikhsan! Gaya reka bentuk yang menarik mampu memberikan anda keyakinan semasa perlawanan.
Penat dengan aktiviti yang sama? Apa kata pergi habiskan masa yang berkualiti bersama dengan keluarga dengan main bowling. Sukan bowling ini dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat memulihkan kembali sosial keluarga yang sudah lama sibuk dengan aktiviti masing-masing. Jom ke U-Bowl!
Bulan September memaparkan banyak filem yang menarik di TGV Cinemas, diantaranya adalah : AXL, The Equalizer 2, Along With The Gods, Alpha, The Whispering, Johnny English Strike again, The Predator, Langsuir, Small Foot, Anime Mirai.
Filem yang sesuai untuk keluarga bersama kanak-kanak adalah filem Small Foot. Lakonan oleh Zendaya, Channing Tatum, Danny DeVito dan ramai lagi. Filem ini berkisahkan Migo adalah makhluk Yeti yang sangat percaya bahawa kewujudan makhluk-makhluk yang sukar difahami masyarakatnya iaitu Smallfoot. Smallfoot dikenali sebagai manusia dan ya manusia benar-benar wujud di dunia. Apabila Migo cuba mendekati manusia, pelbagai situasi berlaku. Migo kelihatan seperti raksasa sedang mengamuk. Pada hakitkatny dia sedang bercakap seperti biasa dan ingin berkenalan dengan manusia. Saksikan filem ini di TGV Cinemas pada 27 September 2018!