TERMA DAN SYARAT- KEMPEN SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2024 (“KEMPEN”)
Ganjaran
Pembelian sekurang- kurangnya RM350.00 dalam maksimum dua (2) resit, Pelanggan layak menebus ‘Floral Teapot’.
1. Terma & Syarat
- I Kempen Sambutan Tahun Baru Cina 2024 ini dianjurkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd /Mesra Mall (“Penganjur”) bermula dari 26 Januari 2024 sehingga 09 Februari 2024.
- II Pembelian sekurang-kurangnya RM350.00 dalam maksimum dua (2) resit, Pelanggan layak menebus set ‘Floral Teapot’.
- III Terhad kepada 500 set ‘Floral Teapot sahaja untuk Kempen ini. Hanya satu (1) penebusan bagi setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- IV Hanya resit asal sahaja diterima oleh pihak Penganjur dan pembelian hanya boleh dibuat dari mana-mana kedai di Mesra Mall kecuali TGV Cinema, TMC, U-Bowl & U-Sport.
- V Penebusan set ‘Floral Teapot harus dibuat sepanjang Kempen berlangsung sahaja.
- VI Para pekerja dari mana-mana kedai di Mesra Mall tidak dibenarkan mewakili Pelanggan untuk menebus hadiah.
2. Umum
- 2.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan dianggap:
- Telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini (“Terma dan Syarat”)
- Telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpul, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi mereka untuk tujuan pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini.
- Telah bersetuju bahawa gambar atau klip video mereka boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang Kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 2.2 Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan Kempen ini terlebih dahulu atau secara keseluruhan, atau mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberikan Pelanggan hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur atas sebarang atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- 2.3 Penganjur berhak untuk menggantikan ganjaran Kempen ini dengan hadiah lain yang sama nilai tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.




