TERMA DAN SYARAT- KEMPEN SAMBUTAN HARI NATAL 2025 (“Kempen”)
Kempen Sambutan Hari Natal 2025
Pembelian sekurang-kurangnya RM350 dan ke atas dalam maksimum dua (2) resit di Mesra Mall dan berpeluang untuk menebus ‘Dessert Rack’.
- 1. Terma & Syarat
- Kempen ini dianjurkan oleh Metro Kemasik Sdn Bhd/Mesra Mall (“Penganjur”) bermula 5 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.
- Terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- 2. Kaedah Penebusan
- Pembelian sekurang-kurangnya RM350 dan ke atas dalam maksimum dua (2) resit, Pelanggan layak menebus ‘Dessert Rack’.
- Pelanggan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 5 Disember 2025.
- Terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stok masih ada.
- Pelanggan boleh menebus ‘Dessert Rack’ hanya untuk Kempen ini sahaja.
- >Hanya resit asal sahaja diterima. Resit yang melibatkan pertukaran ‘Dessert Rack’ atau pembayaran menggunakan nilai setara tidak akan diterima. Pembelian boleh dibuat dari mana-mana kedai kecuali TGV Cinema, TMC, U-Bowl, U-Sport, Bank, tapak promosi, bil telefon dan semua kedai berkaitan dengan perkhidmatan.
- Penebusan boleh dibuat di Kaunter Informasi Mesra Mall.
- Penebusan mestilah dilakukan pada hari yang sama dengan pembelian oleh Pelanggan.
- Penyewa di Mesra Mall tidak dibenarkan untuk menyertai dan/atau menebus bagi pihak Pelanggan.
- Satu (1) resit asal pembelian tidak boleh dipecahkan atau digunakan untuk menuntut lebih daripada satu (1) penebusan.
- Resit yang telah dicop ‘Redeemed’ atau ‘Duplicate’ tidak sah untuk penebusan sekali lagi.
- Pembelian yang dibuat daripada resit yang dikemukakan untuk penebusan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan nilai mata wang tunai atau barangan lain.
- Penebusan yang ditebus sama sekali tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan nilai mata wang tunai atau barangan lain.
- Kakitangan Mesra Mall, penyewa, pembekal dan ahli keluarga terdekat kakitangan Mesra Mall tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam Kempen ini.
- Penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penebusan tanpa memberikan sebarang alasan.
- Penganjur berhak untuk meminta butiran Pelanggan dan bukti pembelian sebagai pengesahan.
- Penganjur berhak untuk menukar maklumat, penebusan, terma dan syarat Kempen ini tanpa pemberitahuan Pelanggan terlebih dahulu.
- 3. Umum
- Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan dianggap:-
- Telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini (“Terma dan Syarat”).
- Telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini.
- Telah bersetuju bahawa gambar atau klip video Pelanggan boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang Kempen berjalan tanpa tuntutan sebarang pembayaran atau pampasan.
- Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan Kempen ini dengan lebih awal atau secara keseluruhan, atau untuk mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, segala pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberi Pelanggan sebarang hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur sama ada sebahagian atau kesemua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- Penganjur berhak menukar, meminda, membatal, dan/atau menambah Terma dan Syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- Semua Data Peribadi yang berkaitan dengan Kempen ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain yang berkaitan di Malaysia.



