
Ibu bapa boleh lah melapangkan sedikit masa untuk anak – anak yang masih lagi bersekolah dengan aktiviti menarik, penuh imaginasi dan kreativiti.
Tambahkan ilmu anak – anak di Kedai Buku Popular
Daripada dahulu dan sekarang, Kedai Buku Popular sangat tidak asing buat lapisan masyarakat, Kedai Buku Popular adalah satu destinasi kedai buku yang mempunyai pelbagai jenis buku tidak mengira lapisan masyarakat. Para ibu bapa boleh membawa anak – anak menghabiskan masa di kedai buku popular untuk memwujudkan budaya minat membaca di awal usia muda. Dengan melatih anak – anak suka membaca adalah benda yang bagus kerana anak – anak ini lah bakal pemimpin kita seterusnya dan menjadi tanggungjawab kita untuk membentuk dia menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Kedai buku popular juga banyak promosi pada bulan April.
Penuhkan keceriaan kanak – kanak di pawagam TGV.
Bulan April merupakan bulan yang banyak menyiarkan filem – filem yang menarik buat kanak – kanak dan golongan dewasa. Filem yang kebanyakan dulu adalah animasi kini di keluar sebagai “live action” untuk menarik minat kanak – kanak. Dengan ini, kanak – kanak akan lebih menjana pemikiran kreatif dan memberikan daya imaginasi yang lebih tinggi dan sihat. Contohnya filem tempatan Upin Ipin Siamang Tunggal yang memparkan kisah bagaimana Upin Ipin dan kawan – kawannya boleh terperangakap di dunia lain. Dumbo juga salah satu filem kegemaran kanak – kanak pada zaman dahulu yang mengisahkan seekor anak gajah sarkas yang mempunyai telinga besar dan boleh terbang ini menjadi pujaan kanak – kanak pada zaman dahulu. Satu filem dari DC komik juga di tayangkan iaitu Shazam, yang mengisahkan bagaimana seorang budak lelaki di pilih sebagai pelindung bumi dari ancaman kuasa jahat.
Filem yang di nanti – nantikan oleh kanak – kanak dan dewasa adalah “Avengers : End game” mengisahkan bagaimana hero – hero semua bangkit melawan Thanos yang teleh menlenyapkan separuh jiwa di seluruh angkasa.