
Siapa yang tidak sukakan jus buah-buahan yang segar lagi enak.
Boost Juice Bar menawarkan pelbagai jenis jus kesihatan yang berkhasiat hingga ke hidangan smoothie yang lazat. Kesemua jus-jus dan smoothie ini diperbuat dari buah-buahan segar dan sayur-sayuran enak, dikisar sehingga hancur dan sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tanpa gula tambahan dan bebas sepenuhnya dari sebarang perisa atau pewarna tiruan.
Dengan berfalsafahkan ‘Love Life’, Boost Juice akan memastikan setiap pelanggan merasai jus dengan penuh nikmat yang menyeronokkan selaras dengan komitmen mereka terhadap kesihatan para pelanggannya
Menu-menu yang disajikan di Boost Juice ini diperbuat daripada bahan istimewa iaitu Boost Secret TD4® (To Die For) yogurt beku rendah lemak dan juga Booster istimewa di mana ianya sesuai ditambahkan di dalam jus kegemaran anda.
Anda boleh menikmati ini dihidangkan jus-jus enak ini dengan cara seperti Smoothie, Blended, Juiced dan Crushed :
Smoothie
Boleh cuba Gym Junkie, King William Chocolate, Mango Magic, Passion Mango, Skinny Dip, Soraya’s Favourite, Strawberry Squeeze dan banyak lagi.
Blended
Boleh cuba Pure Eden, Protein Supreme dan Red Royale.
Juiced
Dapatkan Energiser Juice, Immunity Juice, Veggie Juice, Vita C Detox Juice, Wild Berry Juice dan Lean & Green Juice.
Crushed
Cubalah Berry Crush, Mango Tango Crush, Lychee Crush dan Watermelon Crush.
Boost Juice telah jauh dari permulaannya yang sederhana. Tetapi satu perkara belum berubah – komitmen mereka terhadap kesihatan, kehidupan yang menyeronokkan dan penuh kasih sayang.