
Membaca memang amalan yang mulia dan di sepanjang cuti sekolah ni kenapa tidak korang dapatkan bahan-bahan bacaan untuk anak-anak bagi mengisi masa lapang selain daripada menonton tv dan bermain video.
Ada beberapa buku yang saya rasakan akan menambat hati anak-anak untuk di baca, di antaranya adalah
- Tepuk Amai-Amai Sing-and Record Fun Book
- Koleksi Cerita Klasik DISNEY
- Lawak Kampus Kompilasi Mantap
- PARENTS, Welcome To My World
Tepuk Amai-Amai Sing-and Record Fun Book
Mendengar tajuk buku sahaja kita sudah pasti yang ianya buku kanak-kanak yang berumur 3 hingga 4 tahun. Ianya merupakan buku lagu-lagu kanak-kanak, di mana sambil membaca kita boleh bernyanyi sekali.
Selain daripada kita bernyanyi bersama-sama dengan anak-anak, nyanyian kita ini dapat di rekodkan sekali di dalam pita perakam yang disediakan.
Terdapat jugak arahan gerakan-gerakan tangan mudah yang boleh di ajar kepada anak-anak sambil mengikut irama lagu-lagu ini.
Di samping menghiburkan anak-anak, buku ini juga memberikan pengajaran daripada bait-bait lagu yang di tulis.
Koleksi Cerita Klasik DISNEY
Lion King, Peter Pan, Pinochio, Aladdin merupakan ceria-cerita klasik keluaran Disney yang menjadi perbualan kita sewaktu kecil dahulu dan kini cerita-cerita klasik ini di baharui dan malah di filemkan untuk tontonan semua.
Tak kira anak-anak berumur 5 hingga 6 tahun malah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah juga menyukainya.
Terdapat 9 cerita hebat di satukan di dalam buku bacaan ini yang saya rasa sesuai di baca kepada anak-anak sebelum tidur.
Lawak Kampus Kompilasi Mantap
Komik juga adalah bahan bacaan yang mampu menghilangkan rasa stress anak-anak di waktu cuti sekolah ini dan Lawak Kampus ini adalah sebuah siri komik yang menceritakan hitam putih kehidupan di alam persekolahan menengah yang lazim dengan pelbagai tabiat dan masalah pelajar.
Maklumlah di zaman persekolahan terlalu banyak kenangan pahit manis yang senantiasa akan di kenang sehingga ke hari ini. Lawak Kampus telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa iaitu Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia dan Bahasa Thai.
PARENTS, Welcome To My World
Sebagai ibu bapa kita jarang sekali nak paham dengan kehendak anak-anak kita. Yang kita tau apa yang kita impikan untuk anak-anak mesti anak-anak kena ikut. Kita sendiri tak pernah tahu isi hati mereka.
Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.
Di dalam buku ini, kita selami perasaan anak-anak, mendengar luahan mereka. Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum hak ‘keistimewaan’ itu diambil oleh orang lain mereka yang tidak berkenaan.
Kita sebagai ibu bapa harus mendapatkan buku ini sebagai bahan rujukan dalam menjalani kehidupan bekeluarga ini.
Kesemua buku-buku ini boleh di dapati di Popular Book Stores di seluruh Malaysia. Oh ya, Mesra Mall pun ada juga outlet Popular ini, apa lagi jom singgah!!