
Salam semua,
Di kala ini, menjaga kesihatan memang amat penting bagi kita.
Walaupun pandemik Covid-19 mulai reda tapi amalan norma baru tetap harus di jalankan di dalam kehidupan seharian kita. Untuk meningkatkan lagi tahap kesihatan kita, pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan seperti berjalan kaki di sekitar taman, berjogging, berbasikal, mendaki bukit atau gunung mahupun hanya mengemas rumah setiap hari yang penting kita dapat mengeluarkan peluh yang mengandungi toksik keluar dari badan kita.
Tapi ada setengah-tengah orang, walaupun suka bersenam tapi tidak suka bersenam di luar rumah kerana tidak suka berjemur di bawah matahari. Ermm ye memang betul, itulah alasan yang mereka berikan. Mereka-mereka ini hanya bersenam di dalam rumah dan di gimnasium sahaja.
Oleh itu, bagi mempelbagaikan lagi aktiviti mereka-mereka ini, saya syorkan ada beberapa rutin yang mereka boleh lakukan di Mesra Mall.
U-Sport
Ini sesuatu yang jarang kita lihat di dalam sesebuah pusat membeli belah yang mempunyai pusat sukan dan rekreasi terbesar di bandar Paka ini.

Pelbagai aktiviti yang kita boleh lakukan di sini seperti badminton, futsal dan snooker. Boleh di lakukan pada bila-bila masa seperti lepas habis kerja, di waktu malam, di hujung minggu bersama-sama rakan-rakan sepejabat.
Bila bersenam bersama-sama rakan ni memang seronok sebenarnya selain dari membakar lemak dapat juga mengeratkan tali silaturahim sekali.
U-Bowl
Wah bowling, saya suka!

U-Bowl di Mesra Mall ini adalah pilihan hiburan yang ideal untuk keluarga, pesta ulang tahun atau perjumpaan korporat di mana anda boleh mengeluarkan peluh melepaskan dan di samping itu berseronok bersama keluarga dan sahabat handai.
Memang betul pun dengan mengangkat bola bowling yang mempunyai pelbagai jenis berat itu dan melontar ke lorong untuk jatuhkan pin beberapa pusingan, anda sebenarnya bersenam membakar lemak.
Bagi rutin “Healthy People” diet makanan yang seimbang pasti menjadi pilihan mereka.
Banyak pilihan menu makanan yang terdapat di Mesra Mall ini di antaranya :
Hidangan Jus Buah Boost Juice
Menikmati jus buah setelah bersenam memang benar-benar nikmat, terasa segar rasanya. Boost Juice menyajikan pelbagai jenis menu jus buah-buahan yang sihat untuk anda.

Ingin menjadikan Boost kegemaran anda lebih sedap?
Tingkatkan dengan beri untuk rasa berrylicious tambahan! Tambahkan “Immunity Booster” ke smoothie pilihan anda dengan harga hanya 50 sen!
Salad Di The Coffee Bean & Tea Leaf
Salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos. Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin.

Saya tertarik dengan hidangan ‘Yum Chicken Salad’ di The Coffee Bean & Tea Leaf ini kerana hidangannya begitu berwarna warni, menambahkan lagi selera saya untuk makan. Saya harapkan anda begitu juga yer.
Jadi bagaimana si “Healthy People”, adakah ini membantu anda?
Di harapkan hendaknya.
Selain membeli belah di Mesra Mall, kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sihat tanpa berpanasan di bawah matahari terik.
Ok selamat bersenam di samping yang tersayang.