
Setiap haruman mempunyai keunikan tersendiri. Ada yang membangkitkan nostalgia manis, ada yang memberikan rasa segar dan ceria, malah ada juga yang mampu menyerlahkan personaliti seseorang hanya dengan satu semburan.
Kini, The Body Shop membawakan koleksi haruman baharu yang menyeronokkan. Daripada nota buah-buahan yang manis sehinggalah aroma yang lembut dan menenangkan, setiap pilihan menawarkan pengalaman haruman yang berbeza untuk melengkapkan rutin harian anda.
Antara yang mencuri perhatian termasuk You’re My Jam, You, Me & Bubble Tea, Cotton Candy Kisses dan Butter Me Up. Dengan aroma yang unik dan trendi, koleksi ini sesuai untuk mereka yang gemar mencuba sesuatu yang baharu atau sedang mencari haruman signature yang mencerminkan gaya diri.
Lebih menarik, inilah masa terbaik untuk mendapatkan produk kegemaran anda kerana The Body Shop kini menawarkan promosi Buy 3 Free 1 di seluruh kedai!
Bermula dari sekarang hingga 30 November 2026, pelanggan hanya perlu membeli tiga item dalam satu resit untuk menikmati satu item percuma dengan nilai yang sama atau lebih rendah. Sama ada produk penjagaan kulit, penjagaan badan, mandian mahupun haruman, anda boleh menikmati lebih penjimatan dalam satu pembelian.
Jangan lepaskan peluang untuk meneroka rangkaian terbaru The Body Shop sambil menikmati tawaran istimewa ini. Kunjungi The Body Shop di Mesra Mall hari ini dan temui produk baharu yang bakal menjadi kegemaran anda!
November 1, 2026


