
Pagi-pagi dah fikir nak sarapan apa. Tengah hari pula nak masak apa? Bila sampai waktu makan malam, soalan yang sama muncul lagi “Nak masak apa hari ni?”
Kalau dah ada menu dalam kepala, jom lengkapkan bahan-bahannya di TMC, Mesra Mall! Nak masak nasi goreng untuk sarapan? Cari beras, telur, sos dan bahan-bahan kegemaran anda. Nak sediakan tomyam untuk makan malam? Lengkapkan pula stok bahan masakan dan bahan segar yang diperlukan.
Bukan untuk memasak sahaja, TMC juga sesuai untuk mengisi semula stok snek dan minuman di rumah. Biskut untuk minum petang, minuman sejuk untuk hujung minggu atau snek kegemaran untuk movie night bersama keluarga, semuanya boleh dimasukkan ke dalam troli.
Jadi, sebelum pening fikir menu seterusnya, apa kata singgah TMC dan biarkan shopping trip anda jadi sebahagian daripada inspirasi hidangan di rumah.
Dah ada menu? Jom cari bahan-bahannya di TMC, Mesra Mall!
September 1, 2026


