TERMA DAN SYARAT- KEMPEN VIKIDS KARNIVAL 2025 (“Kempen”)
- 1. Tempoh Kempen: 12 September 2025 – 16 September 2025.
- 2.Kaedah penebusan:
Ganjaran VIKids Karnival- Ahli VIKids
Pembelian sekurang-kurangnya RM50 dan ke atas dalam satu (1) resit, Pelanggan layak menebus dua (2) tiket untuk menyertai aktiviti VIKids Karnival. - Ahli Baru VIKids
Pembelian sekurang-kurangnya RM100 dan ke atas dalam satu (1) resit, Pelanggan layak menebus tiga (3) tiket untuk menyertai aktiviti VIKids Karnival.
- Ahli VIKids
- 3. Pelanggan mestilah berumur 18 tahun dan ke atas sebelum atau pada 12 September 2025.
- 4. Ahli VIKids mestilah berumur 12 tahun dan ke bawah sebelum atau pada 12 September 2025.
- 5. Terhad kepada satu (1) penebusan bagi setiap Pelanggan, setiap hari, sementara stock masih ada.
- 6. Pelanggan boleh menebus tiket untuk Kempen ini sahaja.
- 7. Hanya resit asal sahaja diterima. Resit yang melibatkan pertukaran tiket atau pembayaran menggunakan nilai setara tidak akan diterima. Pembelian boleh dibuat daripada mana-mana kedai kecuali TGV Cinema, TMC, U-Bowl, U-Sport, Bank, tapak promosi, bil telefon dan semua kedai berkaitan dengan perkhidmatan.
- 8. Tiket boleh ditebus di Kaunter Informasi Mesra Mall.
- 9. Penebusan mesti dilakukan pada hari yang sama dengan pembelian oleh Pelanggan.
- 10. Penyewa di Mesra Mall tidak dibenarkan untuk menyertai dan/atau menebus bagi pihak Pelanggan.
- 11. Satu (1) resit asal pembelian tidak boleh dipecahkan atau digunakan untuk menuntut lebih daripada satu (1) penebusan.
- 12. Resit yang telah dicop ‘Redeemed‘ atau ‘Duplicate‘ tidak sah untuk penebusan.
- 13. Pembelian yang dibuat daripada resit yang dikemukakan untuk penebusan tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar dengan nilai wang tunai atau barangan lain.
- 14. Tiket sama sekali tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan nilai wang tunai atau barangan lain.
- 15. Tiada lagi tiket akan dikeluarkan untuk sebarang penyertaan sebaik sahaja tiket ini digunakan sepenuhnya.
- 16. Metro Kemasik Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk meminta butiran Pelanggan dan bukti pembelian sebagai pengesahan.
- 17. Penganjur berhak untuk menukar maklumat, ganjaran dan syarat Kempen tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- 18. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana tiket yang disyaki mempunyai unsur penipuan atau sebarang kesalahan lain di bawah undang-undang.
Umum
- 1. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan dianggap:-
- Telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat yang dinyatakan di sini (“Terma dan Syarat”).
- Telah memberikan persetujuan kepada Penganjur untuk mengumpulkan, merekod, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi Pelanggan untuk tujuan pengiklanan, publisiti, pemasaran, komunikasi dan tujuan lain yang diperlukan atau berkaitan dengan penyertaan dalam Kempen ini.
- Telah bersetuju bahawa gambar atau klip video Pelanggan boleh digunakan untuk iklan atau publisiti sepanjang Kempen berjalan tanpa tuntutan pembayaran atau pampasan.
- 2. Penganjur berhak menarik, membatalkan, menangguhkan, melanjutkan atau menghentikan Kempen ini lebih awal atau keseluruhan, atau untuk mengubah, menghapus, atau menambah Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penangguhan oleh Penganjur tidak akan memberi Pelanggan sebarang hak untuk menuntut pampasan terhadap Penganjur atas sebahagian atau semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Pelanggan sama ada sebagai akibat langsung atau tidak langsung daripada tindakan pembatalan, penamatan atau penggantungan.
- 3. Penganjur berhak menukar, meminda, membatal, atau menambah Terma dan Syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
- 4. Semua Data Peribadi yang berkaitan dengan Kempen ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang lain yang berkaitan di Malaysia.